Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kemasyhuran seorang lelaki berbangsa Cina dari negara tembok besar yang dikenali sebagai Cina Ring akhirnya membawa kepada nama sebuah kampung di daerah ini yang kekal sehingga sekarang iaitu Kampung Chendering. Menurut cerita lisan, Cina Ring adalah seorang pengusaha ikan kering yang sangat terkenal sehingga dia berjaya mengeksport ikan kering ke luar negara melalui kapal dagang dari Singapura yang berlabuh di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 1970-an. Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.
Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024BENGKEL MYCYBERGENIUS TRAINING OF TRAINERS BAGI PENGURUS/PENOLONG PENGURUS PEDI DI TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 1 - 4 Disember 2022Program bersama pihak Jabatan Program Komuniti (COMPD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)....baca selanjutnya
PROGRAM “DIGITALISASI PERNIAGAAN DENGAN SHOPEE” BERSAMA PEDI CHENDERING DENGAN KERJASAMA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA, TERENGGANU SERTA RAKAN DIGITAL
Aktiviti Terkini | 5 – 6 November 2022Diadakan selama dua hari (5 – 6 November 2022)...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI & E-WASTE SEMPENA PESTA BUKU @PPAT 2022
Aktiviti Terkini | 28 & 29 Oktober 2022Seramai 500 orang peserta telah terlibat dalam program Advokasi ini dijalankan selama 2 hari ini iaitu dari 9 pagi sehingga 6 petang....baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022
Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2022Program ini diadakan bersempena hari sambutan Maulidur Rasul....baca selanjutnya
PROGRAM RIANG RIA CUTI SEKOLAH 2022
Aktiviti Terkini | 7 & 8 September 2022Program ini Kerjasama dengan Perpustakaan Desa Chendering...baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2022 SECARA ONLINE DAN OFFLINE
Aktiviti Terkini | 1 - 18 Ogos 2022Program Ini Terbuka Untuk Seluruh Malaysia ...baca selanjutnya
PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN E- WASTE BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR DAN KT WAN RECYCLE
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2022Pedi Chendering telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar serta Syarikat KT Wan Recycle yang telah dipertanggujawabkan untuk mengumpul bahan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste)...baca selanjutnya
PROGRAM PEMERKASAAN PUSAT EKONOMI DIGITAL MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2022
Aktiviti Terkini | 12 – 13 Jun 2022Penganjuran Bengkel Ini Adalah Untuk Perkongsian Hala Tuju Pedi Bagi Tahun 2022 Disamping Memperkasakan Latihan Kemahiran Dan Pendedahan Dalam Menjayakan Inisiatif Pendigitalan MCMC...baca selanjutnya
PROGRAM SOKONGAN SOSIAL DALAM KOMUNITI PULAU REDANG : ADVOKASI DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI (STEM)
Aktiviti Terkini | 9 Jun 2022Wakil Pedi Chendering dan Telaga Daing telah mewakili MCMC dalam menyampaikan ceramah tentang Penipuan Dalam Talian kepada komuniti Pulau Redang sempena program sokongan social yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Terengganu...baca selanjutnya
PROGRAM KDB : MEMBUAT SAMPUL RAYA DAN MEWARNA
Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021Program ini kerjasama PEDi Chendering dan Perpustakaan Desa Chendering...baca selanjutnya
PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT 2022 BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA CHENDERING
Aktiviti Terkini | 21 April 2022Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang di adakan setiap tahun....baca selanjutnya
PROGRAM PENGISIAN BANTUAN DANA RAYA (I-FITRI) NEGERI TERENGGANU 2022 BERSAMA KOMUNITI FLAT DESA CHENDERING
Aktiviti Terkini | 22- 31 Mac 2022Pengisian Borang Bantuan Dana Raya Negeri Terengganu secara online dan manual diperkenalkan bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengagihan bantuan kepada rakyat Negeri Terengganu...baca selanjutnya
GOTONG ROYONG DAN PEMASANGAN PAPAN TANDA LUKISAN MURAL SEMPENA PROGRAM MELUKIS MURAL PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2022
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2022Aktiviti gotong royong bersama komuniti setempat, Perasmian pemasangan papan tanda lukisan mural, Taklimat Klik dengan bijak secara ringkas & Kelas mempelajari asas-asas mural bersama komuniti setempat....baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG 2022 BERSAMA KOMUNITI FLAT DESA KELUARGA YPK CHENDERING
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2022Aktiviti gotong royong bersama komuniti setempat. Penyampaian cabutan bertuah. Klik dengan bijak secara ringkas.....baca selanjutnya
PROGRAM PENGISIAN DAN KEMASKINI BORANG ZAKAT MAIDAM NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2022 BERSAMA KOMUNITI FLAT DESA CHENDERING
Aktiviti Terkini | 1- 31 Januari 2022Pengisian Borang zakat Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) Negeri Terengganu secara talian diperkenalkan bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan agihan Zakat dan Bantuan yang diuruskan oleh MAIDAM. Oleh itu, pihak PEDi mencadangkan untuk memberi kemudahan untuk mendapatkan akses internet bagi penduduk komuniti flat yang ingin melakukan pengisian dan kemaskini borang Zakat Maidam Negeri Terengganu dengan memberikan tunjuk ajar bagi membuat pengisian dan cara melayari laman web yang betul. Penyampaian maklumat tentang Klik Dengan Bijak Secara ringkas kepada komuniti yang datang....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya