PROGRAM SOKONGAN SOSIAL DALAM KOMUNITI PULAU REDANG : ADVOKASI DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI (STEM)

Aktiviti terkini |9 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Balairaya Pulau Redang

Ringkasan Aktiviti :
• Wakil Pedi Chendering dan Telaga Daing telah mewakili MCMC dalam menyampaikan ceramah tentang Penipuan Dalam Talian kepada komuniti Pulau Redang sempena program sokongan social yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Terengganu
• Program ini dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada warga Pulau Redang


Tujuan :
• Memberi pendedahan serta maklumat tentang bahayanya penipuan dalam talian kepada komuniti Pulau Redang
• Memperkenalkan kewujudan pusat ekonomi digital Malaysia kepada komuniti pulau
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 8.30-.9.00 Pagi - Sesi pendaftaran peserta
• 9.00-11.00 Pagi - slot pertama : Jabatan Pembangunan Wilayah Pantai Timur dengan tajuk “Peluang Anda” dan Pertandingan mewarna
• 11.30-12.30 Tengah hari – Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia . Tajuk “Penipuan dalam talian”
• 12.30- 1.00 Tengah Hari - Majlis perasmian dan penyampaian hadiah


Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan PEDi kepada peserta
• Memberi pendedahan kepada pengguna tentang penggunaan internet yang betul
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :