PROGRAM PENGISIAN DAN KEMASKINI BORANG ZAKAT MAIDAM NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2022 BERSAMA KOMUNITI FLAT DESA CHENDERING

Aktiviti terkini |1- 31 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Chendering

Tujuan :
• Tujuan program ini dilakukuan sebagai mendedahkan penduduk tentang kemudahan yang disediakan di PEDi Chendering untuk pengisian borang dana melalui talian atau kegunaan lain dengan menggunakan internet.
• Mengajar penduduk kampung cara-cara pengisian borang secara talian terutama kepada mereka yang tidak pernah menggunakan komputer
• Membantu golong warga emas dalam pengisian borang bantuan maidam terutamanya.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program pengisian borang zakat diadakan setiap hari bersama Komuniti Flat Chendering


Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan bantuan agihan Zakat yang diuruskan oleh MAIDAM
• Memberi pendedahan kepada penduduk kampung tentang mudahnya menggunakan komputer dan internet dalam urusan harian terutama borang permohonan secara dalam talian yang perlu di isi dan dikemaskini oleh mereka setiap tahun.
• Mengeratkan hubungan antara PEDi Chendering dan juga komuniti flat.
• Pengisian borang atas talian dilakukan secara tepat, cepat dan mudah
• Meningkatkan lagi pengetahuan ICT terutamanya golongan belia
• Memudahkan komuniti berinteraksi bersama komuniti dan juga staff PEDi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :