GOTONG ROYONG DAN PEMASANGAN PAPAN TANDA LUKISAN MURAL SEMPENA PROGRAM MELUKIS MURAL PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2022
Aktiviti terkini |22 Februari 2022Tempat Aktiviti:
Bawah Jambatan Kuala Dungun
Tujuan :
• Mengumpulkan penduduk Kampung Bijangga untuk sama-sama bekerjasama dalam membersihkan kawasan persekitaran bawah jambatan Kuala Dungun yang menjadi ‘port’ lepak penagih dadah.
• Mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat, dan lebih selesa di kawasan bawah jambatan Kuala Dungun dengan melukis mural dan sedikit landskap.
• Merasmikan pemasangan papan tanda lukisan mural sempena program melukis mural peringatan hari antidadah kebangsaan 2022.
• Memberi sedikit ilmu berkenaan lukisan mural kepada komuniti setempat dan mengajak mereka untuk turut serta melukis dan mewarna mural.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program Gotong royong bersama Komuniti Flat Chendering
Kelebihan Aktiviti :
• Amalan gotong-royong dapat membersihkan kawasan ini daripada menjadi sarang penagih dadah melepak.
• Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan ini daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.
• Selain itu, ia juga dapat membentuk masyarakat setempat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka.
• Kawasan persekitaran ini juga bakal menjadi tarikan pelancong kerana terdapat satu tarikan lukisan mural yang sangat cantik.
• Komuniti di sini dapat mempelari asas-asas melukis dan mewarna mural.
• Dengan adanya program seperti ini, staff PEDi dapat mempromosi aktiviti PEDi dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
• Program khidmat komuniti ini dilihat mampu menjalinkan silaturrahim antara peserta dan mampu menerapkan nilai murni untuk menjaga kebersihan dalam diri peserta.
• Salah satu program yang membolehkan petugas PEDi lebih dekat serta menjalinkan hubungan yang baik bersama komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :