PROGRAM GOTONG ROYONG 2022 BERSAMA KOMUNITI FLAT DESA KELUARGA YPK CHENDERING

Aktiviti terkini |21 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Flat Desa YPK Chendering

Tujuan :
• Mengumpulkan penduduk Flat Desa YPK Chendering untuk sama sama bekerjasama dalam membersih kawasan persekitaran flat setelah sekian lama tidak mengadakan sebarang program disini.
• Mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan lebih selesa di dalam flat YKP Chendering.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program Gotong royong bersama Komuniti Flat Chendering


Kelebihan Aktiviti :
• Salah satu program yang membolehkan petugas PEDi lebih dekat serta menjalinkan hubungan yang baik bersama komuniti setempat.
• Program ini juga dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada sebarang penyakit
• Selain itu, ia juga dapat membentuk masyarakat setempat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka.
• Dengan adanya program seperti ini, staff PEDi dapat mempromosi aktiviti PEDi dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
• Program khidmat komuniti ini dilihat mampu menjalinkan silaturrahim antara peserta dan mampu menerapkan nilai murni untuk menjaga kebersihan dalam diri peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :