INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Kumpulan Sasar (Penyewa)

 - Golongan pekerja yang telah berkeluarga.

 - Majikan yang mempunyai pekerja-pekerja wanita/lelaki yang belum berumahtangga. Penduduk setinggan yang berkemampuan membayar sewa.

 - Golongan-golongan tertentu yang diluluskan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa.

 - Jumlah kemasukan penghuni : 1060

Pekerjaan

 - Sektor industri dan perkilangan

 - Nelayan

 - Peniaga (keropok/batik/kuih-muih)

 - Buruh
Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Pantai Chendering, Kuala Terengganu


Pantai Chendering terletak di Kampung Chendering, Kuala Terengganu, berhampiran di antara Lagun Chendering. Pantai Chendering terletak di perkampungan, di mana majoriti penduduk di sini bekerja sebagai nelayan, ini boleh dilihat dengan bot-bot tersadai di pesisir pantai. Di pesisir pantai Chendering dipenuhi dengan pokok-pokok mengkuang laut dan pokok rhu .Pantai Chendering merupakan pantai yang cantik tetapi lokasinya terletak di dalam perkampungan sedikit dan agak sukar untuk ke sini, walaupun begitu kawasan pantai ini tetap ramai pengunjungnya.

Masjid Tengku Tengah Zaharah


Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai masjid terapung adalah salah satu ikon pelancongan di Terengganu. Di samping berfungsi sebagai tempat beribadat masjid ini juga menjadi tarikan pelancong terutama ketika air pasang di mana ianya kelihatan terapung-apung dengan di kelilingi oleh sebuah tasik yang mana airnya terus mengalir ke laut berhampiran dan juga kawasan bersekitran masjid yang begitu cantik.



Tempat Makan Yang Menarik

Nasi Dagang Mak Ngah


Nasi dagang mak ngah ini terletak di Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu. Terengganu dan nasi dagang tidak mungkin dapat dipisahkan. Oleh itu, rasanya senarai ini tidak mungkin lengkap tanpa restoran nasi dagang. Nasi dagang Mak Ngah ini dikatakan antara nasi dagang terbaik di Kuala Terengganu dan pernah menjadi buah mulut suatu ketika dulu kerana isu RM45 untuk kepala ikan tongkol, namun itu semua langsung tidak menjejaskan reputasi restoran ini malah penduduk setempat mengatakan bahawa isu tersebut sedikit sebanyak melonjakkan populariti restoran ini.

Medan Ikan Bakar


Medan Ikan Bakar yang terletak di bawah jambatan Kuala Ibai. Medan ini dibuka pada setiap hari dari jam 5 petang hingga 11 malam. Terdapat banyak pilihan ikan yang boleh dipilih disini manakala harga ikan bergantung kepada saiz ikan yang dipih oleh pelanggan. Disamping itu juga, makanan laut selain daripada ikan juga turut disediakan disni seperti sotong dan kerang. Selain ikan bakar, medan ikan bakar ini turut menjual makanan bergoreng.

Char Kueh Teow Chendering


“Char Kueh Teow Chendering” adalah salah satu nama yang mendapat sambutan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan yang terletak di Simpang 4 Chendering, jalan ke Kubang Ikan Chendering, Terengganu yang beroperasi bermula dari jam 5.30 petang hingga habis dan dibuka pada setiap hari Sabtu hingga Khamis. Char Kueh Teow ini mendapat nama kerana rasanya yang sedap dan terdapat pelbagai jenis makanan laut disajikan bersama char kueh teow ini dengan harga yang sangat berpatutan yang bermula dengan harga serendah RM5.00.
Kemudahan Awam

Masjid Sultan Ismail Chendering
Pusat Futsal
Pendidikan

UiTM Chendering
SK Pendidikan Khas
SMK Chendering
Kisah Kejayaan
Jenis Perniagaan:
Menjual Pelbagai Jenis Biskut Raya dan Kek.

Latar Belakang:
Puan Nor Intan merupakan seorang ibu tunggal berumur 32 tahun yang mempunyai 3 orang anak yang masih sekolah.beliau memulakan perniagaan serta menceburi bidang pembuatan kek dan biskut sejak berumur 15 tahun lagi.beliau membuat kuih serta biskut hanyalah dirumahnya secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI:
Sebelum menjadi ahli NADI, Nor Intan mengalami masalah dimana masalah beliau berkaitan komunikasi dengan pelanggan diatas talian iaitu facebook kerana tiada kemudahan internet yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI:
Apabila beliau menjadi ahli di NADI, beliau menikmati internet secara percuma selama 90 hari dan juga dapat mengakses internet pada malam hari dengan megunakan wifi komuniti yang telah dipasang dan ini membolehkan beliau berkomunikasi dengan pelanggan pada setiap hari dan tidak kira waktu.

Facebook Nor Intan Binti Mohd Nor: https://www.facebook.com/noors.cookies.75



Jenis Perniagaan:
Menjual Produk Kesihatan dan juga Kecantikkan.

Latar Belakang:
Wan Aishatun Wazifa Bt Wan Ismail berumur 23 tahun dan merupakan penduduk di Masjid Kubang Durian Kampung Gelugor Kedai dan masih lagi seorang pelajar di university sultan zainal abidin dalam jurusan perakauanan dan pada masa yang sama telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual produk kesihatan dan kecantikkan secara sambilan bermula pada tahun 2013 iaitu pada 3 tahun lepas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI:
Beliau sering mengalami masalah tidak dapat menbahagikan masa untuk mengurus perniagaan kerana sibuk belajar dan juga cara berkomunikasi untuk berurusan dengan pelanggan dan menyebabkan pendapatan beliau perolehi sangat tidak berbaloi hanya dalam lingkungan RM50- RM200 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI:
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasioanl (NADI) Chendering, beliau kini telah boleh meguruskan perniagaan beliau walaupun masih lagi belajar dan juga cara berurusan dengan pelanggan untuk berminat dengan produk yang beliau promosikan melalui akaun instagram beliau sendiri. Selain itu, pendapatan sampingannya beliau juga turut meningkat kepada RM 400-500 sebulan.

Instagram: cyangziey_garden



Celik IT/ Komuniti Pintar

Latar Belakang:
Nurul Aqilah Fatihah Binti Mazuki berumur 11 tahun dan mendapat pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan. Beliau mempunyai 4 orang adik-beradik dan merupakan anak yang ke 2. Aqilah merupakan seorang budak yang sangat lambat menerima dalam proses pembelanjaran dan sindrom ini dipanggil disleksia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI:
Sebelum ini Aqilah langsung tidak tahu bagaimana cara menggunakan komputer serta segala fungsi yang ada pada komputer. Oleh hal demikian,,Aqilah selalu memanggil kawan-kawannya dan petugas untuk sentiasa bersamanya untuk melayari internet dan bermain komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI:
Selepas menjadi ahli PI1M, Aqilah menikmati penggunaan internet secara percuma 1 jam setiap hari dan melalui pertolongan pertugas di NADI serta kelas ICT yang beliau sentiasa ikuti pada hujung minggu membolehkan beliau menggunakan komputer bersendirian tanpa ada pertolongan dari sesiapa dan juga belajar mengenai asas-asas komputer. Beliau juga sangat aktif dalam menghadiri kelas yang sentiasa diadakan pada hujung minggu dan dengan ini beliau dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Keusahawanan

NOR ALFA CRAFT COMPLEX


Nor Alfa Craft Complex atau nama singkatannya NACC dibuka bermula pada 03 Januari 2008 dan menjadi tempat tarikan yang sangat istimewa kerana ianya manarik pelancong yang bukan sahaja daripada luar negara malah juga rakyat tempatan dari seluruh negeri Malaysia. NACC bukan sahaja terkenal dengan batiknya yang bercorak istimewa namun NACC juga menyediakan ruang demostrasi batik seperti mencanting, mewarna, serta beberapa produk kraf lain seperti tenunan, anyaman, pembuatan blok dan kraf kaca. Selain menerima tempahan baju, NACC turut menyediakan perkhidmatan sewa dewan terbuka dan tertutup untuk pelbagai majlis.



KEROPOK LEKOR 008


Keropok Lekor 008 ini amat lembut isinya dan rasa ikannya memang jelas terasa. Pelanggan boleh memilih untuk membeli di kedai Keropok Lekor Wakaf Kuning atau Keropok Lekor 008. Kedai-kedai ini turut mendapat liputan dari blogger dan alam maya. Resepi kelembutan keropok ini adalah rahsia dan tiada orang pun dibenarkan masuk ke dalam premis untuk melihat proses dan cara pembuatannya. Pelanggan hanya boleh melihat dari jauh sahaja, pekerja-pekerja yang sedang membuat, menguli dan menggentel keropok lekor sebelum direbus dan digoreng. Pelanggan boleh memilih sama ada mahu membeli keropok rebus, keropok yang sudah siap digoreng mahupun keropok keping.