Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kemasyhuran seorang lelaki berbangsa Cina dari negara tembok besar yang dikenali sebagai Cina Ring akhirnya membawa kepada nama sebuah kampung di daerah ini yang kekal sehingga sekarang iaitu Kampung Chendering. Menurut cerita lisan, Cina Ring adalah seorang pengusaha ikan kering yang sangat terkenal sehingga dia berjaya mengeksport ikan kering ke luar negara melalui kapal dagang dari Singapura yang berlabuh di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 1970-an. Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.
Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024BENGKEL KEUSAHAWANAN YPU BERSAMA VIRAL NIAGA
Aktiviti Terkini | 29 Disember 2019Bengkel ini bertujuan untuk memudahkan para usahawan dalam meningkatkan perniagaan beliau dengan menggunakan perniagaan atas talian melalui ViralNiaga.com. ViralNiaga.com adalah platform Hosting Premium Viral yang membuat sistem viral anda sendiri mudah, terjangkau, selamat dan pantas. ViralNiaga.com datang dengan plugin premium, sokongan dan pengurusan yang berdedikasi, tidak pernah risau tentang keselamatan, prestasi, sandaran dan kemas kini lagi. Untuk bengkel kali ini, usahawan didedahkan dengan aplikasi terbaru daripada Viral Niaga iaitu Viral Niaga App. Mereka diberi penerangan berkaitan cara penggunaan dan kelebihan menggunakan aplikasi tersebut....baca selanjutnya
PROGRAM CELIK IT BERSAMA TASKA PERMATA CHENDERING
Aktiviti Terkini | 12 November 2019Mereka juga turut diperkenalkan dengan bahagian asas pada komputer dan juga diberik taklimat tentang cara menggunakan kemudahan ict dengan selamat dan bijak....baca selanjutnya
PROGRAM EDARAN FLYER MYFREEVIEW TV BERSAMA MILO
Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2019Aktiviti ini adalah bagi memberikan kesedaran kepada Para Penduduk Desa tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian....baca selanjutnya
KARNIVAL INOVASI ICT NEGERI TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2019Program tersebut merupakan flatform terbaik bagi memberi pendedahan dan kesedaran tentang perkembangan teknologi ICT semasa serta memberi peluang kepada pengunjung untuk mengikuti taklimat dan bengkel ICT...baca selanjutnya
KURSUS KEMAHIRAN MENOLONG SAHABAT PST-PCC DAN SUKARELWAN KEBAJIKAN
Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2019Kursus ini bertujuan untuk membentuk sikap positif serta memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang proses menolong bagi membolehkan peserta memberi khidmat menolong kepada kumpulan sasaran dan ahli masyarakat yang menghadapi masalah peribadi....baca selanjutnya
PROGRAM MIV BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 14 Sept 2019Program hasil usahasama semua Pusat Internet Kluster Kuala Nerus dan Malaysian ICT Volunteer (MIV) yang bertujuan untuk menyampaikan KDB talk kepada komuniti serta menyampaikan hebahan mengenai penutupan siaran tv analog dan akan digantikan dengan myfreeview....baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019rogram ini diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan di Pusat Internet Chendering dengan kerjasama Perpustakaan Desa Chendering bersama pengunjung cilik yang rata ratanya menjadi pengunjung setia di Pusat Internet Chendering....baca selanjutnya
‘MIND CHALLENGE DAY’
Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019Latihan interaktif melalui Education Games dapat membantu peserta belajar dan menarik minat peserta untuk belajar...baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 21 Jun 2019Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Perumahan Desa Keluarga YPK Chendering dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Chendering selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi, saling hormat menghormati di antara satu sama lain dan juga dapat mengeratkan silatulrahim....baca selanjutnya
PROGRAM TAUTAN KASIH ANJURAN PSYCHOLOGICAL CARE CENTER
Aktiviti Terkini | 04 Mei 2019Tujuan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah silaturahim antara pusat Psychological Care Center di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan penduduk komuniti setempat...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SMK SERI DUNGUN
Aktiviti Terkini | 02 April 2019Sepanjang Program Advokasi ini berlangsung terdapat pelbagai slot yang dijalankan seperti memperkenalkan Pusat Internet kepada semua pelajar dan guru-guru, memberi pendedahan dan kesedaran penggunaan internet, kuiz dan lain-lain....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI & E-WASTE SEMPENA PESTA BUKU @PPAT
Aktiviti Terkini | 02 & 03 Mac 2019Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menarik orang ramai terutama golongan pelajar. Pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck....baca selanjutnya
Program Peningkatan Tahap Akademik Guru Kafa Daerah Kuala Terengganu
Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019Menggalakan Pendidikan dan Pembelajaran sepanjang hayat sekaligus menaik taraf tahap akademik guru kafa...baca selanjutnya
Program Kecergasan Dan Ziarah Cakna Keluarga Anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga
Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019Tujuan utama adalah untuk membantu keluarga kurang bernasib baik disamping menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir...baca selanjutnya
Program Training The Trainer Kluster Kuala Terengganu dan Kuala Nerus
Aktiviti Terkini | 17 & 19 Januari 2019Objektif utama adalah untuk melatih staf PI untuk lebih faham dan memudahkan cara penyampaian kepada komuniti kelak selari dengan sasaran MCMC untuk mewujudkan pengguna internet yang berdisplin dan berkhemah....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya