PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT 2022 BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA CHENDERING

Aktiviti terkini |21 April 2022

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Chendering

Ringkasan Aktiviti :
• Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang di adakan setiap tahun.
• Pendaftaran peserta jam 9.30 Pagi
• Penerangan Program Jom Membaca 10 Minit oleh Pegawai Perpustakaan Terengganu
• Bilangan Peserta : 50 orang kanak-kanak dari tadika Permata Chendering
• Pengurus PEDi Chendering turut memberi sedikit taklimat ringkas tentang KDB kepada peserta yang hadir
• Program Membaca 10 minit
• Jam 12.30 program tamat


Tujuan :
• Komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.bersama kita semarakkan amalan membaca agar menjadi budaya rakyat malaysia.
• Meningkatkan tabiat serta budaya membaca di kalangan masyarakat
• Tujuan adalah menjayakan inisiatif ‘celik huruf’ kepada anak-anak di peringkat awal lagi
• Selari dalam usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi
• Memberi nafas baru dalam kempen menggalakan orang ramai terus membaca
• Mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta jam 9.30 pagi
• Taklimat program
• Jom membaca 10 minit 2022
• Sesi bercerita
• Pertandingan mengenal huruf dan nombor’
• Pertandingan kraftangan mudah.
• Jam 12.30 program tamat


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan perpustakaan awam negeri-negeri seluruh Malaysia relevan dalam masyarakat pendidik selepas sekolah
• Kepentingan membaca dapat membentuk masyarakat yang maju dan berilmu.
• Ibu Bapa memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan budaya membaca dalam keluarga sekali gus meningkatkan tahap literasi dalam semua lapisan masyarakat
• Merapatkan silaturahim Pedi Chendering dengan pihak perpustakaan.
• Program ini merupakan satu kaedah untuk menggalakkan pembacaan dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai penerbitan dan perlindungan harta intelek hak cipta.
• Memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan PEDi Chendering kepada peserta
• Memberi pendedahan kepada pengguna tentang penggunaan internet yang betul
• Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan akan penggunaan internet dengan lebih bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :