Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kemasyhuran seorang lelaki berbangsa Cina dari negara tembok besar yang dikenali sebagai Cina Ring akhirnya membawa kepada nama sebuah kampung di daerah ini yang kekal sehingga sekarang iaitu Kampung Chendering. Menurut cerita lisan, Cina Ring adalah seorang pengusaha ikan kering yang sangat terkenal sehingga dia berjaya mengeksport ikan kering ke luar negara melalui kapal dagang dari Singapura yang berlabuh di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 1970-an. Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.
Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024HARI BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 29 Disember 2018Hari Bersama Komuniti cukup penting kerana bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan adalah permainan atas talian, Klik Dengan Bijak, program usahawan dan pertandingan masakan.....baca selanjutnya
PROGRAM JELAJAH ANAK MUDA CINTA MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 04 November 2018Program Jelajah Anak Muda Cinta Malaysia diadakan bertujuan untuk menerapkan sifat cintakan negara dalam diri anak muda sekaligus dapat mengurangkan gejala social yang kini semakin teruk di negara ini. Program ini dianjurkan bagi mendekati keinginan anak muda dalam menjadi pemangkin negara pada masa hadapan....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI
Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018Program Roadshow ini bertujuan menjual phone vivo melalui promosi harga rendah & percuma pakej internet yang berbaloi selain melakukan pelbagai aktiviti/program sekeluarga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk/komuniti...baca selanjutnya
KURSUS HIDROPONIK DOMESTIK
Aktiviti Terkini | 18 September 2018Kursus disampaikan oleh En Ahmad Fadly Guster Affendi selaku pensyarah jemputan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelbagai ilmu dapat dikongsi melalui kursus ini juga. Pihak Pusat Internet Chendering amat berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa....baca selanjutnya
HARI MERDEKA DESA KELUARGA DUNGUN 2018
Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018Pusat Internet dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) cawangan Dungun telah mengadakan sambutan kemerdekaan bersama komuniti Flat Desa Keluarga Bijangga Dungun....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN DUNGUN
Aktiviti Terkini | 17 Julai 2018Pusat Internet Gong Chengal bekerjasama dengan Pusat Internet Sungai Udang, Cendering dan Kemasik mengadakan Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Dungun. Pelbagai program disediakan antaranya pengenalan PI1m, menjawab soalan klik dengan bijak, pengenalan kepada mobile ewaste, cabutan bertuah dan pelbagai game yang disediakan....baca selanjutnya
MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI & HARI KELUARGA
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2018Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Perumahan Desa Keluarga YPK Chendering dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Chendering selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi, saling hormat menghormati di antara satu sama lain dan juga dapat mengeratkan silatulrahim....baca selanjutnya
PROGRAM WORLD QURAN HOUR DI PERPUSTAKAAN DESA CHENDERING
Aktiviti Terkini | 07 Jun 2018WORLD #QuranHour boleh dilihat sebagai jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara....baca selanjutnya
PROGRAM PENGAGIHAN SIMPACK MYAGRO DI LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) CHENDERING
Aktiviti Terkini | 23 Mei 2018Seramai 430 orang yang telah menerima simpack di bawah Projek agriculture Flagship (Agf) Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih m@MYAgro. Penerima-penerima tersebut adalah di kalangan nelayan tulen tempatan dan ada di kalangan mereka yang terlibat dengan aktiviti pemasaran dan keusahawanan.Penyerahan Wang elaun Sara Hidup oleh Pegawai LKIM...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SEMPENA PROGRAM MENGHUBUNG MENYATU @ MINDA (MALAYSIA INKLUSIF NEGARA DIGITAL)
Aktiviti Terkini | 05 - 07 April 2018Pameran ini berkonsep merakyatkan komunikasi/ pendigitalan itu berlangsung selama 3 hari bermula pada 5 sehingga 7 April 218. Pameran anjuran KKMM ini turut disertai oleh pelbagai agensi di bawah KKMM berperanan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai visi dan fungsi agensi-agensi di bawah kementerian ini selain mendapatkan maklumat secara berkesan, cepat dan tepat....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SEMPENA PESTA BUKU @PPAT 2018
Aktiviti Terkini | 02 & 03 April 2018Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menarik orang ramai terutama golongan pelajar. Antaranya persembahan artis cilik Muhammad Irfan Yusmanizam atau lebih dikenali sebagai Mat ipang, pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI FESTIVAL PEKAN BUDAYA
Aktiviti Terkini | 20 - 21 Mac 2018Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada para pengungjung yang hadir ke booth Pusat Internet 1Malaysia seperti teka silang kata, dam ular ICT, mencari perbezaan gambar, Kuiz Klik Dengan Bijak dan Check Your Label....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI PEJABAT DAERAH DUNGUN, TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 20 Februari 2018Sepanjang Program Advokasi ini berlangsung terdapat pelbagai slot yang dijalankan seperti memperkenalkan PI1M kepada semua kakitangan awam, memberi pendedahan dan kesedaran penggunaan internet,demo 3D Printer, kahoot dan lain-lain....baca selanjutnya
HEBAHAN PROGRAM BAHASA INGGERIS INTENSIF PASCA SPM 2018 SESI-II
Aktiviti Terkini | 11 - 19 Februari 2018Pihak Pusat Bahasa Terengganu (PBT) akan mengadakan Program Bahasa Inggeris Pasca SPM 2018 Sesi-II yang bermula pada 11.2.2018 (Ahad) sehingga 19.3.2018 (Isnin). Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di samping memberi pendedahan awal tentang penggunaan Bahasa Inggeris di peringkat Universiti/Kolej dan seumpamanya....baca selanjutnya
Permohonan Zakat MAIDAM Online
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2018Tujuan program ini adalah untuk mengajar komuniti di sekitar PI1M Chendering menggunakan komputer dan internet serta memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara untuk memohon zakat MAIDAM secara atas talian.....baca selanjutnya