Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kemasyhuran seorang lelaki berbangsa Cina dari negara tembok besar yang dikenali sebagai Cina Ring akhirnya membawa kepada nama sebuah kampung di daerah ini yang kekal sehingga sekarang iaitu Kampung Chendering. Menurut cerita lisan, Cina Ring adalah seorang pengusaha ikan kering yang sangat terkenal sehingga dia berjaya mengeksport ikan kering ke luar negara melalui kapal dagang dari Singapura yang berlabuh di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 1970-an. Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.
Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM GENG RIANG RIA CUTI SEKOLAH 2023
Aktiviti Terkini | 23 Disember 2023Program ini Kerjasama dengan Perpustakaan Desa Chendering...baca selanjutnya
PROGRAM : PERSIDANGAN PEDI MADANI 2023
Aktiviti Terkini | 29 November 2023Putrajaya International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC))...baca selanjutnya
PROGRAM MALAYSIA ICT VOLUNTEER DI PEDI CHENDERING
Aktiviti Terkini | 18 November 2023Program ini berlangsung di pedi chendering yang mana peserta MIV Chendering menjalankan aktiviti klik dengan bijak serta kuiz yang berkaitan KDB...baca selanjutnya
PROGRAM KDB : SEK KEB BUKIT TUNGGAL , TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2023Pedi Kluster K.Terengganu & K.Nerus telah mengadakan program Program Advokasi Klik Dengan Bijak (Kdb) dan S.A.F.E Internet di sek keb bukit tunggal....baca selanjutnya
PROGRAM JUALAN KACA MATA RAHMAH
Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2023Program Jualan Kaca Mata Rahmah ini adalah kerjasama PEDI Chendering dan Syarikat Optometry Efkeyo dari kemaman...baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2023
Aktiviti Terkini | 9 Septermber 2023Program Ini Terbuka Untuk komuniti sekitar pedi chendering...baca selanjutnya
PROGRAM CYBERTALKS@SCHOOL DI SMK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT
Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2023Seramai 200 orang peserta telah terlibat dalam program Advokasi ini yang bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 1.30 Tengah Hari....baca selanjutnya
PROGRAM SUMBANGAN/DERMA PAKAIAN TERPAKAI DI PEDI CHENDERING DENGAN KERJASAMA SCOUT CHARITY (PENGAKAP KELANA C KUALA TERENGGANU)
Aktiviti Terkini | 29 Julai 2023Pedi Chendering telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Charity Pengakap Kelana C Kuala Terengganu bagi mengumpul sumbangan pakaian terpakai atau barang-barang lain untuk di agihkan kepada mereka yang memerlukan...baca selanjutnya
PROGRAM USR EKONOMI BIRU
Aktiviti Terkini | 9 Julai 2023Seramai 20 orang peserta telah terlibat dalam program USR Ekonomi Biru ini yang bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 Tengah Hari. 10 orang peserta adalah daripada golongan usahawan manakala 10 orang peserta lagi terdiri daripada pelajar fakulti maritim UMT dan staff PEDi...baca selanjutnya
PROGRAM CYBERTALKS@SCHOOL DI SMK CHENDERING
Aktiviti Terkini | 13 Jun 2023Seramai 200 orang peserta telah terlibat dalam program Advokasi ini yang bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 1.30 Tengah Hari....baca selanjutnya
PROGRAM CYBERTALKS @ SCHOOL DI SMK IBRAHIM FIKRI
Aktiviti Terkini | 6 Jun 2023Program Cybertalks@School ini merupakan program kerjasama PEDI Kluster K.Terengganu dan K.Nerus Bersama dengan Celcomdigi...baca selanjutnya
PROGRAM KITA MADANI DI KG GONG BARU KUALA TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023Wakil PEDI telah mewakil MCMC ke program kita Madani anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dan Kg.Gong Baru..baca selanjutnya
PROGRAM CELIK IT BERSAMA TASKA PERMATA CHENDERING
Aktiviti Terkini | 12 April 2023Seramai 15 orang murid serta 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam Program Celik IT ini ...baca selanjutnya
PROGRAM RIANG CUTI SEKOLAH 2023
Aktiviti Terkini | 4 Mac 2023Program ini Kerjasama dengan Perpustakaan Desa Chendering...baca selanjutnya
PROGRAM PENGISIAN DAN KEMASKINI BORANG ZAKAT MAIDAM NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2023 BERSAMA KOMUNITI FLAT DESA CHENDERING
Aktiviti Terkini | 1 Februari 2023Pengisian Borang zakat Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) Negeri Terengganu secara talian diperkenalkan bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan agihan Zakat dan Bantuan yang diuruskan oleh MAIDAM....baca selanjutnya
PROGRAM PENGAGIHAN SIMCARD PAKEJ REMAJA KELUARGA KEPADA PELAJAR SECARA PERCUMA
Aktiviti Terkini | 1 – 15 Januari 2023PEDi Chendering telah mengadakan program untuk mengagihkan simcard kepada pelajar-pelajar dari komuniti Flat Desa Keluarga Chendering....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya