PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022

Aktiviti terkini |15 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi CHENDERING

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan bersempena hari sambutan Maulidur Rasul.
• Program ini terbuka kepada seluruh Komuniti Kanak-Kanak di Flat Desa Chendering.
• 15 Oktober 2022 (Sabtu)
• Terdapat beberapa pertandingan dan aktiviti yang diadakan iaitu:
• Pertandingan Mencipta Poster Melalui Canva
• Pertandingan Teka Silang Kata
• Pertandingan Mewarna
• Aktiviti Berselawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW
• Setiap pertandingan bertemakan Hari Maulidur Rasul secara bersemuka untuk komuniti kanak-kanak Flat Desa Chendering.
• Taklimat klik dengan bijak juga disampaikan oleh pengurus PEDi
• Chendering secara ringkas.
• Pertandingan mencipta poster dan teka silang kata telah diadakan di PEDi Chendering manakala Pertandingan Mewarna adalah dengan kerjasama Perpustakaan Desa Chendering.


Tujuan :
• Tujuan program ini adalah untuk menzahirkan rasa syukur umat Islam kepada Allah SWT atas kelahiran Nabi Muhammad SAW.
• Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang kanak-kanak muslim.
• Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.
• Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan bakat dalam aktiviti digital dan ICT.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan bersempena hari sambutan Maulidur Rasul.
• Program ini terbuka kepada seluruh Komuniti Kanak-Kanak di Flat Desa Chendering.
• 15 Oktober 2022 (Sabtu)
• Terdapat beberapa pertandingan dan aktiviti yang diadakan iaitu:
• Pertandingan Mencipta Poster Melalui Canva
• Pertandingan Teka Silang Kata
• Pertandingan Mewarna
• Aktiviti Berselawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW
• Setiap pertandingan bertemakan Hari Maulidur Rasul secara bersemuka untuk komuniti kanak-kanak Flat Desa Chendering.
• Pertandingan mencipta poster dan teka silang kata telah diadakan di PEDi Chendering manakala Pertandingan Mewarna adalah dengan kerjasama Perpustakaan Desa Chendering.
• Taklimat klik dengan bijak juga disampaikan oleh pengurus PEDi Chendering secara ringkas.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya.
• Mendedahkan kepada generasi sekarang akan erti pengorbanan Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya.
• Menyemai perasaan cinta terhadap Nabi Muhammad SAW dalam kalangan kanak-kanak sejak dari kecil.
• Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertoleransi dalam diri setiap kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung.
• Dapat mengeratkan hubungan PEDi Chendering dengan warga Flat Desa Chendering sekaligus memperkenalkan PEDi Chendering itu sendiri.
• Dapat menghasilkan pelbagai idea yang dizahirkan oleh kanak-kanak dalam mengekspresikan kreativiti masing-masing dan dikongsi menerusi platform media social dan juga secara bersemuka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :