Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kemasyhuran seorang lelaki berbangsa Cina dari negara tembok besar yang dikenali sebagai Cina Ring akhirnya membawa kepada nama sebuah kampung di daerah ini yang kekal sehingga sekarang iaitu Kampung Chendering. Menurut cerita lisan, Cina Ring adalah seorang pengusaha ikan kering yang sangat terkenal sehingga dia berjaya mengeksport ikan kering ke luar negara melalui kapal dagang dari Singapura yang berlabuh di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 1970-an. Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.
Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM FACE: PEMERKASAAN KELUARGA DAN KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 18 Disember 2016Program ini dapat memperkenalkan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada penduduk setempat dan memperkenalkan Program E-Waste...baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA CHENDERING & HARI KELUARGA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU (YPKT)
Aktiviti Terkini | 12 November 2016Program ini bertujuan untuk mencapai visi dan misi kewujudan PI1M kepada masyarakat setempat khsusnya dalam kawasan flat desa keluarga chendering dan seterusnya memperkenalkan peranan Pusat Internet 1Malysia (PI1M) Chendering...baca selanjutnya
Gotong-Royong Bubur Asyura
14 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniSelain dapat menikmati keenakan bubur asyura, program seperti ini dilihat sebagai salah satu platform untuk membolehkan penyelia PI1M, kakitangan dan para pelajar Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan...baca selanjutnya
Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
Chef Cilik
25 September 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini bertujuan untuk memupuk kreativiti dan idea dalam menghasilkan dekorasi roti pizza, seterusnya melatih tumpuan dan kesabaran...baca selanjutnya
MERDEKA! ONE HEART ONE SOUL
20 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini bertujuan untuk mengingatkan kembali pergorbanan generasi terdahulu yang telah bersusah payah berjuang untuk memastikan generasi pada hari ini hidup dalam keadaan aman dan merdeka. Melahirkan sifat kesedaran dan juga penghayatan nilai merdeka yang sebenar...baca selanjutnya
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
22 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini bertujuan untuk menghayati bulan-bulan kebesaran Islam dan dalam pada masa yang sama untuk menanam sifat kemaafan dan pemurah dalam diri individu..bbaca selanjutnya
EXCELLENT WITH ENGLISH
10 Jun 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) kepada masyarakat sekitar serta menyampaikan maklumat mengenai Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya
PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI BAPA & PERMAINAN TEKA-TEKI ATAS TALIAN
29 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) kepada masyarakat sekitar serta menyampaikan maklumat mengenai Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB) & Pertandingan Mewarna
30 April 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) kepada masyarakat sekitar serta menyampaikan maklumat mengenai Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniDi PI1M Chendering ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Chendering seperti kelas komputer dan sebagainya.
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Berita Terkiniorang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan...baca selanjutnya