Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Eknomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kemasyhuran seorang lelaki berbangsa Cina dari negara tembok besar yang dikenali sebagai Cina Ring akhirnya membawa kepada nama sebuah kampung di daerah ini yang kekal sehingga sekarang iaitu Kampung Chendering. Menurut cerita lisan, Cina Ring adalah seorang pengusaha ikan kering yang sangat terkenal sehingga dia berjaya mengeksport ikan kering ke luar negara melalui kapal dagang dari Singapura yang berlabuh di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 1970-an. Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.

Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


POWER POINT ( GAMMA.APP)

Aktiviti Terkini | 4 September 2024

Tujuan utama kelas ini dijalankan adalah bagi Membantu pelajar mengembangkan kemahiran dalam mencipta pembentangan yang menarik dan berkesan....baca selanjutnya

KERJA KHUSUS PERNIAGAAN SPM

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2024

Seramai 6 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering dari tingkatan 5 hadir ke NADI Chendering untuk menyiapkan kerja khusus Perniagaan...baca selanjutnya

A COMPUTER SYSTEM

Aktiviti Terkini | 5 Julai 2024

Kelas fizikal mengenal komponen komputer...baca selanjutnya

POWER POINT – MY-PROFILE

Aktiviti Terkini | 8 Jun 2024

Kelas komputer yang telah dijalankan ini bagi meningkatkan Kemahiran ICT yang kepada peserta yang terlibat....baca selanjutnya

BASIC ICT : KAD HARI GURU

Aktiviti Terkini | 15 Mei 2024

Peserta diajar untuk memilih template yang bersesuaian dengan tema sambutan supaya kad yang dihasilkan menepati tujuan...baca selanjutnya

BASIC ICT : SAMPUL RAYA

Aktiviti Terkini | 8 April 2024

Kelas dimulai dengan menerangkan cara-cara untuk membuat asas sampul duit raya mengikut saiz sampul yang sedia ada di canva...baca selanjutnya

PENGISIAN BORANG UPU UNTUK LEPASAN SPM 2023

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2024

Ahli NADI Chendering dan Bukan Ahli...baca selanjutnya

PROGRAM PENGISIAN KAJI SELIDIK KESEDARAN SCAM 2024

Aktiviti Terkini | 6 Feb - 15 Mac 2024

Bermula pada 6 Februari 2024 bersempena Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day), kaji selidik ini akan dijalankan dengan kerjasama 307 buah pusat internet atau Pusat Ekonomi...baca selanjutnya

PROGRAM PENGISIAN DAN KEMASKINI BORANG ZAKAT MAIDAM (BANTUAN SARA HIDUP) DAN PROGRAM PENGISIAN BANTUAN SEKOLAH ANJURAN YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2024 BERSAMA KOMUNITI FLAT DESA CHENDERING

Aktiviti Terkini | 1-30 Februari 2024

Pengisian Borang zakat Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) Negeri Terengganu secara talian diperkenalkan bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan agihan Zakat dan Bantuan yang diuruskan oleh MAIDAM....baca selanjutnya

PROGRAM PEMBUKAAN KAUNTER PADU BERSAMA JAB.PERANGKAAN NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 2-8 Januari 2024

Pembukaan Kaunter PADU telah dibuka di chendering 2 january 2024 sempena perlancaran PADU...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti