PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN E- WASTE BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR DAN KT WAN RECYCLE

Aktiviti terkini |23 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Chendering

Ringkasan Aktiviti :
• Pedi Chendering telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar serta Syarikat KT Wan Recycle yang telah dipertanggujawabkan untuk mengumpul bahan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste)
• Jabatan alam sekitar telah diwakili oleh Pn Zaleha Abdullah
• PEDi Chendering telah mengambil inisiatif memberi taklimat secara ringkas tentang Klik dengan bijak kepada pengunjung yang datang serta edaran risalah tentang KDB
• Hasil pengumpulan bahan buangan E-Waste berjaya dikumpul sebanyak 2015 kg


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada masyarakat cara yang betul untuk menguruskan sisa buangan elektronik dan barangan elektrik supaya tidak mendatangkan keburukkan jika dibuang seperti biasa.
• Selain itu, terdapat juga e-Waste lain juga yang turut boleh dilupuskan dengan cara betul seperti menyerahkannya ke Pusat Internet Komuniti yang berdekatan.
• Pendedahan kepada pengguna tentang cara pembuangan dan kitar semula bagi peranti yang tamat jangka hayatnya secara mesra alam dan selamat untuk persekitaran.
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet)


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pedi Chendering telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar serta Syarikat KT Wan Recycle yang telah dipertanggujawabkan untuk mengumpul bahan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste)
• Pengunjung yang terlibat adalah sekitar kuala terengganu dan marang.
• Hasil pengumpulan bahan buangan E-Waste berjaya dikumpul sebanyak 2015 kg


Kelebihan Aktiviti :
• Menekankan keburukan jika tidak menguruskan sisa elektronik dengan cara yang betul.
• Masyarakat dibimbing mengenai langkah-langkah untuk menangani masalah ini agar diri mereka mampu menyumbang kepada kebaikkan kepada alam sekitar dan komuniti sekitarnya.
• kempen ini juga memberi kesedaran terhadap kesan buruk ke atas kesihatan dan persekitaran akibat pembuangan peranti secara tidak berhemah.
• Kempen ini , mengadaptasi konsep kitaran ekonomi yang membolehkan sisa yang terhasil di negara kita dikitar semula menjadi bahan yang boleh digunakan semula
• Pendedahan kepada pengguna tentang cara pembuangan dan kitar semula bagi peranti yang tamat jangka hayatnya secara mesra alam dan selamat untuk persekitaran.
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :