Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kemasyhuran seorang lelaki berbangsa Cina dari negara tembok besar yang dikenali sebagai Cina Ring akhirnya membawa kepada nama sebuah kampung di daerah ini yang kekal sehingga sekarang iaitu Kampung Chendering. Menurut cerita lisan, Cina Ring adalah seorang pengusaha ikan kering yang sangat terkenal sehingga dia berjaya mengeksport ikan kering ke luar negara melalui kapal dagang dari Singapura yang berlabuh di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 1970-an. Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.

Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERSONAL COACHING : KAEDAH MENGAJAR MEMBACA EKSPRES-I

Aktiviti Terkini | 5 Disember 2020

Program ini memberi bimbingan kepada pengusaha taska/tadika mahupun guru-guru bagi memberi tunjuk ajar mengenai teknik membaca terkini yang sangat mudah dan menyeronokkan...baca selanjutnya

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT SECARA KREATIF (FACEBOOK LIVE STREAMYARD)

Aktiviti Terkini | 21 November 2020

Program ini dijalankan khususnya pada bulan November sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Terengganu....baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SECARA LIVE (FACEBOOK LIVE STREAMYARD)

Aktiviti Terkini | 15 November 2020

Program ini dijalankan khususnya pada bulan November sempena perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Terengganu....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1442H

Aktiviti Terkini |24 Oktober 2020

Peserta terdiri dari pelajar sekolah sekitar komuniti perumahan Chendering....baca selanjutnya

PROGRAM PENGATURCARAAN MICROBIT - FUTURE SKILL FOR ALL DI PUSAT INTERNET CHENDERING

Aktiviti Terkini |1 - 31 Oktober 2020

Program ini dijalanka setiap hari khususnya pada bulan oktober dan menyasarkan bilangan pelajar seramai 50 orang...baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR AS-SYURA SEMPENA BULAN MUHARAM

Aktiviti Terkini | 19 September 2020

Program ini diadakan adalah menyambut Bulan Muharam dan fadilatnya disamping mengeratkan hubungan silatulrahim antara penduduk Flat....baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020 ONLINE – TRUTH CAMPAIGN

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Membantu dan membimbing peserta untuk menghasilkan produk kecantikan dengan membancuh formula sendiri dari rumah....baca selanjutnya

BENGKEL PEMBUATAN SABUN ANJURAN YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU (YPKT)

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Membantu dan membimbing peserta untuk menghasilkan produk kecantikan dengan membancuh formula sendiri dari rumah....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2020

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2020

Program ini diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan di Pusat Internet Chendering ‘....baca selanjutnya

KHUSUS HIDROPONIK BERSAMA AKADEMI USAHAWAN HIDROPONIK

Aktiviti Terkini | 25 & 26 Ogos 2020

Peserta seramai 4 orang pada hari pertama dan hari kedua 5 orang mengiku Sop yang telah ditetapkan oleh Pusat Internet....baca selanjutnya

TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2020

Untuk memberi pendedahan dalam aspek pencegahan kebakaran....baca selanjutnya

KHUSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini |24 Julai 2020

Untuk memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai aspek-aspek pencegahan kebakaran....baca selanjutnya

PROGRAM MUHIBBAH BERSAMA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DAN PERSATUAN KHAIRUNNISA’

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2020

Objektif utama adalah untuk membantu keluarga kurang bernasib baik disamping Menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir...baca selanjutnya

TRAINING IN HOUSE “TEAM DYNAMIC & REFRESHER PROGRAM”

Aktiviti Terkini | 21 & 22 Julai 2020

Memantapkan lagi Pengurusan Pusat Internet supaya menjdi lebih cekap dan efisyen...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 14 Mac 2020

Program tersebut merupakan platform terbaik bagi memberi memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk mengasah bakat dan kreativiti....baca selanjutnya

PROGRAM READING SEEDS BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA CHENDERING

Aktiviti Terkini | 1 Feb 2020 2020

Menjadikan Malaysia sebuah Negara membaca dan melahirkan masyarakat ilmu yang bertaraf dunia...baca selanjutnya

PROGRAM PENGISIAN DAN KEMASKINI BORANG ZAKAT MAIDAM NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2020

Tujuan program ini dilakukuan sebagai mendedahkan penduduk tentang kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Chendering untuk pengisian borang dana melalui talian atau kegunaan lain dengan menggunakan internet dan mengajar penduduk kampung cara-cara pengisian borang secara talian terutama kepada mereka yang tidak pernah menggunakan komputer (warga emas)....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti