PEMBELAJARAN ATAS TALIAN MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT SECARA KREATIF (FACEBOOK LIVE STREAMYARD)

Aktiviti terkini |21 November 2020

Tempat Aktiviti:
PI Chendering

Tujuan :
• Memperkenalkan PIK Chendering serta mengetengahkan fungsi dan peranan PIK kepada pengunjung di alam maya
• Membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya
• Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program : pembelajaran atas talian menggunakan power point secara kreatif (Facebook Live Streamyard) sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terengganu
• Penyampai terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus PIK Chendering
• Tarikh : 21/11/2020 – Ahad
• Masa : 2.30 Tengah hari
• Menyasarkan pengguna facebook melebihi 100 orang pengguna sebelum dan selepas live

Kelebihan Aktiviti :
• Pengguna dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik dalam Microsoft power point
• Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.
• Pengguna dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran dalam penggunaan microsoft power point melalui live tersebut

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :