BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020 ONLINE – TRUTH CAMPAIGN

Aktiviti terkini |5 September 2020

Tempat Aktiviti:
PI Chendering

Tujuan :
• Komuniti adalah program sukarelawan ICT yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital di kalangan komuniti untuk memaksimumkan faedah ICT untuk diri.
• MIV adalah program sukarelawan ICT yang berhasrat untuk membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang dikenal pasti dalam kerja-kerja yang memberi tumpuan kepada penggunaan peralatan ICT dan pembangunan ICT dalam masyarakat.
• MIV turut membawa misi untuk mendidik komuniti menjadi rakyat digital yang mampu memajukan dan menghasilkan aplikasi dan perkhidmatan ICT yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian.
• Melatih dan membimbing sukarelwan MIV untuk lebih faham dan memudahkan cara penyampaian kepada komuniti kelak selari dengan sasaran MCMC untuk mewujudkan pengguna internet yang berdisplin dan berkhemah.
• Program ini bertujuan memberi pendedahan serta penerangan kepada sukarelawan tentang Truth Campaign dalam modul klik dengan bijak serta beberapa topik advokasi baru yang diperkenalkan.
• Selain itu, program ini dijalankan juga adalah untuk mengeratkan hubungan bersama antara pusat internet dengan sukarelawan.

Kelebihan Aktiviti :
Memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang Modul Klik dan Bijak serta beberapa topik advokasi baru yang diperkenalkan melalui Truth Campaign
• Meningkatkan keyakinan diri sukarelawan untuk berdepan dengan masyarakat luar semasa musim pandemic covid 19
• Menerangkan cara bagaimana dan kepentingan program advokasi kepada golongan sasaran khususnya masyarakat setempat
• Melahirkan pengguna yang bijak dan berdisiplin dalam menggunakan internet dengan baik
• Merapatkan silaturahim antara PI dengan sukarelawan yang terlibat
• Berkongsi idea dan juga merangka program advokasi sepanjang tahun ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :