PERSONAL COACHING : KAEDAH MENGAJAR MEMBACA EKSPRES-I

Aktiviti terkini |5 Disember 2020

Tempat Aktiviti:
PI Chendering

Tujuan :
• Program ini memberi bimbingan kepada pengusaha taska/tadika mahupun guru-guru bagi memberi tunjuk ajar mengenai teknik membaca terkini yang sangat mudah dan menyeronokkan
• Membantu ibu bapa dan guru untuk mengajar anak-anak membaca dengan lebih seronok
• Menimbulkan minat membaca dalam kalangan anak-anak sebagai alat hiburan bagi mengisi masa lapang
• Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.
• Memperkenalkan PIK Chendering serta mengetengahkan fungsi dan peranan kewujudan PIK kepada peserta
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang etika penggunaan internet dengan betul


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penyampai : Pn. Amla Binti Mat Rawi (Coacahing)
• Tarikh : 05/12/2020 – Sabtu
• Masa:09.00 Pagi– 12.30 Tengah Hari
• Peserta : 10 orang

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pusat Internet Komuniti (PIK) kepada peserta
• Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.
• Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.
• Memperkenalkan keindahan dan keseniaan bahasa di samping menggalakkan mereka dalam bidang penulisan kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan bakat.
• Membina sikap suka membaca sama ada untuk hiburan ataupun untuk menambahkan ilmu pengetahuan
• Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca
• Memberi pendedahan kepada pengguna tentang penggunaan internet dengan bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :