PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2020

Aktiviti terkini |29 Ogos 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Flat Desa Keluarga Chendering

Tujuan :
• Program ini diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan di Pusat Internet Chendering ‘.
• Tujuan program ini bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan anak-anak muda generasi sekarang.
• Memperkenalkan P1 Chendering dan mengetengahkan fungsi serta peranan P1 kepada pengunjung.
• Merapatkan silaturahim antara anak-anak penduduk desa serta memberi kesedaran akan kepentingan kemerdekaan pada mereka

Kelebihan Aktiviti :
• Mendedahkan kepada generasi sekarang akan nilai cintakan negara sempena bulan Kemerdekaan Malaysia.
• Meningkatkan kesedaran akan kepentingan kemerdekaan kepada penduduk setempat.
• Menanam semangat patriotik dalam kalangan anak muda generasi sekarang
• Mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menyertai program berfaedah.
• Memupuk nilai nilai perpaduan sesama peserta agar tidak lupa asal usul kemerdekaan di negara kita.
• Meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan dengan aktiviti lebih santai.
• Dapat mengeratkan hubungan Pusat Internet dengan anak-anak komuniti desa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :