PROGRAM MUHIBBAH BERSAMA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DAN PERSATUAN KHAIRUNNISA’

Aktiviti terkini | 22 Julai 2020

Tempat Aktiviti:
Flat Desa Keluarga dan Kompleks Ibu Tunggal YPK,Chendering

Tujuan :
• Objektif utama adalah untuk membantu keluarga kurang bernasib baik disamping Menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir
• Memberi maklumat kepada penghuni desa akan peranan yang dimainkan oleh persatuan Khairunnisa’serta bentuk bantuan yang di salurkan untuk rakyat.
• Menarik minat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak pengurusan Pusat Internet.
• Memperkenalkan PI Chendering dan mengetengahkan fungsi serta peranan PI kepada Persatuan Khairunnisa’
• Memberi pendedahan tentang etika digital (Klik Dengan Bijak) dan E-Waste kepada rombonga Persatuan Khairunnisa
• Merapatkan silaturahim antara Persatuan Khairunnisa Terengganu dengan Pusat Internet

Kelebihan Aktiviti :
• Menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir
• Merapatkan silaturahim antara penduduk desa ypk dengan Persatuan Khairunnisa’
• Memberi penerangan kepada penduduk desa YPK akan kewujudan pusat internet
• Memberi maklumat kepada penghuni desa akan bantuan yang disalurkan oleh persatuan Khairunnisa’ kepada mereka yang dhaif dari semasa ke semasa.
• Membentuk rasa bertanggungjawab terhadap barangan elektornik yang telah rosak serta cara pelupusan yang betul.
• Menerangkan cara bagaimana dan kepentingan E-Waste terhadap alam sekitar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :