ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SECARA LIVE (FACEBOOK LIVE STREAMYARD)

Aktiviti terkini |15 November 2020

Tempat Aktiviti:
PI Chendering

Tujuan :
• Memperkenalkan PIK Chendering serta mengetengahkan fungsi dan peranan kewujudan PIK kepada pengunjung di alam maya
• Memberi pendedahan tentang etika digital (Klik Dengan Bijak) secara atas talian
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program : Advokasi Klik Dengan Bijak Secara Live (Facebook Live Streamyard) sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terengganu
• Penyampai terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus PIK Chendering
• Tarikh : 15/11/2020 – Ahad
• Masa:12.40 Tengah hari– 1.30 Petang
• Menyasarkan pengguna facebook yang melebihi 100 orang pengguna

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pusat Internet Komuniti (PIK) kepada pengguna Facebook
• Berfikiran secara kreatif dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna secara atas talian (Live)
• Memberi pendedahan kepada pengguna tentang penggunaan internet yang betul
• Meningkatkan keyakinan diri di kalangan pengguna untuk berhadapan dengan orang ramai
• Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan akan penggunaan internet dengan lebih bijak
• Menerangkan cara bagaimana dan kepentingan e-waste terhadap alam sekitar
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
• Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :