MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI & HARI KELUARGA

Aktiviti terkini | 13 Julai 2018

Tempat Aktiviti:
Flat Desa Keluaraga YPK Chendering

Tujuan :
• Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Perumahan Desa Keluarga YPK Chendering dengan kerjasama Pusat Internet Chendering selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi, saling hormat menghormati di antara satu sama lain dan juga dapat mengeratkan silatulrahim.
• Sambutan Majlis Jamuan Raya Aidilfitri ini diharap dapat merapatkan silatulrahim diantara semua warga penduduk Perumahan Desa Keluarga YPK Chendering dan staff PI. Pihak PI juga akan mengadakan Kuiz Klik dengan Bijak (KDB).

Kelebihan :
• Mendidik hati penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dan kakitangan PI dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT.
• Membentuk ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dengan pihak yang terlibat. • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.