PROGRAM PENGAGIHAN SIMPACK MYAGRO DI LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) CHENDERING

Aktiviti terkini | 23 Mei 2018

Tempat Aktiviti:
Pelabuhan LKIM Chendering

Tujuan :
• Mengagihkan simpack percuma kepada penerima-penerima di bawah Projek agriculture Flagship (Agf) Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih m@MYAgro. Penerima-penerima tersebut adalah di kalangan nelayan tulen tempatan dan ada di kalangan mereka yang terlibat dengan aktiviti pemasaran dan keusahawanan.Bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi baru yang masih di dalam proses pembangunan iaitu m@MYAgro - Mobile MYAgro
• Memperkenalkan Pusat Internet serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pi1M kepada pengunjung.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara Pi1M dengan penerima simpack.

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui kerjasama Digi, MARDI dan MOA, para usahawan/nelayan dapat menerima maklumat dari kementerian (agensi) dengan betul dan memudahkan komunikasi antara petani dengan Pegawai pembangunan mereka.
• Aplikasi ini (m@MYAgro - Mobile MYAgro) mampu membantu mereka memudahkan lagi proses kerja operasi warga tani di lapangan. Dengan adanya aplikasi ini, para penerima simkad lebih mudah untuk mendapatkan maklumat, rujukan, menyimpan rekod secara sistematik dan juga dapat berhubung/ berbincang tentang apa jua permasalah dgn pelbagai pihak yang terlibat.
• Perlaksanaa aplikasi ini juga sedikit sebanyak membantu golongan nelayan setempat dalam mempertingkatkan tahap komunikasi di kalangan komuniti nelayan dan membantu berhubung melalui pelayaran internet.
• Menjalin kerjasama yang baik dengan agensi-agensi yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :