HARI MERDEKA DESA KELUARGA DUNGUN 2018

Aktiviti terkini | 25 Ogos 2018

Tempat Aktiviti:
Flat Desa Keluarga Bijangga Dungun

Tujuan :
• Mengadakan Program Advokasi dan Klik Dengan Bijak bagi tujuan merapatkan hubungan di antara Pusat Internet dengan pihak agensi lain serta komuniti penduduk Desa keluarga Dungun.
• Mendidik masyarakat untuk menggunakan rangkaian internet dengan lebih berhemah dan bijak serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah dalam taklimat e-waste.

Kelebihan Aktiviti :
• Bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan setiap tahun.
• Meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia di dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana mereka adalah pewaris negara ini.
• Mempupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Dungun dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.

Nama VIP :
Haji Razali bin Omar
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pasir Gajah

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :