KURSUS HIDROPONIK DOMESTIK
Aktiviti terkini | 18 September 2018Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Pangsapuri Rakyat Desa Keluarga, Chendering, Terengganu
Tujuan :
• Memberi latihan pertanian jangka panjang agar peserta boleh mengusahakan kaedah pertanian ini sebagai sumber pendapatan.
• Selain itu juga kursus ini bertujuan memberi dan berkongsi kemahiran mengenai tanaman secara mudah iaitu kaedah 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai).
Kelebihan Aktiviti :
• Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan penggunaan bekas yang mesra pengguna. Hal ini kerana bekas yang dibekalkan tahan lama dan warnanya dapat mengelak dari tumbuhnya lumut.
• Selain itu juga, baja yang disediakan amat selamat. Hal ini terbukti apabila ikan boleh hidup di dalam air baja tersebut.
• Melalui kursus ini juga, para peserta diajar untuk manjadi usahawan. Peserta bukan sahaja didedahkan dengan teknik menuai hasil, malah mereka diajar untuk manjadi usahawan yang lebih kreatif iaitu dengan menjual peralatan hidroponik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :