PROGRAM CELIK IT BERSAMA TASKA PERMATA CHENDERING

Aktiviti terkini | 12 November 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Pangsapuri Rakyat Desa Keluarga

Tujuan :
• Memperkenalkan Pusat Internet Chendering di bawah seliaan SKMM serta mengetengahkan fungsi dan peranan PI kepada Adik-adik taska permata dan guru
• Memberi pendedahan tentang Celik IT kepada adik-adik Taska Permata
• Mengeratkan hubungan di antara PI dengan Taska Permata Chendering

Butiran Aktiviti :
• Aktiviti dimulakan dengan gotong-royong menyiapkan Seramai 12 orang murid serta 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam program Celik IT ini yang melibatkan guru dan murid
• Program dijalankan dari pukul 11 Pagi sehingga 1.00 Tengah Hari
• Penerangan tentang peranan Pusat Internet dan Klik Dengan Bijak kepada guru dan murid Taska Permata secara ringkas

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan dan memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pusat Internet (PI) kepada adik-adik Taska Permata Chendering
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul
• Mereka juga turut diperkenalkan dengan bahagian asas pada komputer dan juga diberik taklimat tentang cara menggunakan kemudahan ict dengan selamat dan bijak
• Mengeratkan silaturrahim antara Pusat Internet dengan pelajar dan guru
• Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan akan penggunaan internet dengan lebih bijak
• Mendedahkan kepada kanak-kanak tentang asas komputer dan memperkenalkan pembelajaran secara atas talian

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :