Program Kecergasan Dan Ziarah Cakna Keluarga Anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga
Aktiviti terkini | 16 Febuari 2019Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Telaga Daing
Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Internet Chendering dan mengetengahkan fungsi serta peranan Pusat Internet kepada pengunjung.
• Memberi pendedahan tentang etika digital (Klik Dengan Bijak) dan E-Waste kepada penduduk.
• Merapatkan silaturahim antara penduduk desa ypk serta memberi kesedaran akan kepentingan kesihatan melalui aktiviti kecergasan.
Kelebihan Aktiviti :
• Menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.
• Merapatkan silaturahim antara penduduk desa ypk.
• Meningkatkan kesedaran akan kepentingan kesihatan melalui aktiviti senaman.
• Memberi penerangan kepada penduduk desa YPK akan kewujudan pusat internet.
• Memberi maklumat kepada penghuni desa akan bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada mereka yang dhaif dari semasa ke semasa.
• Membentuk rasa bertanggungjawab terhadap barangan elektornik yang telah rosak serta cara pelupusan yang betul.
• Menerangkan cara bagaimana dan kepentingan e-waste terhadap alam sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :