PROGRAM SUMBANGAN/DERMA PAKAIAN TERPAKAI DI PEDI CHENDERING DENGAN KERJASAMA SCOUT CHARITY (PENGAKAP KELANA C KUALA TERENGGANU)

Aktiviti terkini |29 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Chendering

Ringkasan Aktiviti :
• Pedi Chendering telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Charity Pengakap Kelana C Kuala Terengganu bagi mengumpul sumbangan pakaian terpakai atau barang-barang lain untuk di agihkan kepada mereka yang memerlukan
• Pusat Charity diwakili oleh En.Jebat
• PEDi Chendering telah mengambil inisiatif memberi taklimat secara ringkas tentang Klik dengan bijak kepada pengunjung yang datang serta edaran risalah tentang KDB
• Hasil pengumpulan barangan terpakai berjumlah lebih 5 tan.


Tujuan :
• Menderma pakaian lama bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan bagi tujuan amal dan membantu golongan memerlukan.
• Mewujudkan semangat ‘memberi’ kepada golongan yang memerlukan
• Meningkatkan semangat kekitaan dan berkenalan dengan komuniti sekitar chendering.
• Merapatkan hubungan antara Pedi Chendering dan juga Scout Charity Kuala Terengganu.
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet)


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pedi Chendering telah mengadakan kerjasama dengan pusat charity Pengakap Kelana C Kuala Terengganu bagi mengumpul sumbangan pakaian terpakai atau barang-barang lain untuk di agihkan kepada mereka yang memerlukan
• Pusat Charity diwakili oleh En.Jebat


Kelebihan Aktiviti :
• Menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan bagi tujuan amal dan membantu golongan memerlukan.
• Merapatkan hubungan antara Pedi Chendering dan juga Scout Charity Kuala Terengganu.
• Meningkatkan semangat kekitaan dan berkenalan dengan komuniti sekitar chendering.
• Hasil dari sumbangan/derma pakaian terpakai akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
• Sumbangan pakaian terpakai ini bukan sahaja dapat mengurangkan pembuangan pakaian di tempat pembuangan sampah malah dapat memberi kekemasan kepada rumah sendiri.
• Tambahan pula pakaian yang boleh dikitar adalah termasuk pakaian yang tidak elok.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :