PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2023

Aktiviti terkini |9 Septermber 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Chendering & Perpustakaan Desa Chendering

Ringkasan Aktiviti :
• Program Ini Terbuka Untuk komuniti sekitar pedi chendering
• 9 septermber 2023 - Sabtu
• Penyertaan terbahagi kepada beberapa kategori :
• Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Pra, Tahap 1 dan Tahap 2.
• Pertandingan Basikal Berhias Merdeka
• Pertandingan Gubahan Tuala (Wanita Dewasa )
• Kuiz Kemerdekaan Onlline
• Cantan Logo Kemerdekaan bersama Komuniti


Tujuan :
• Tujuan program ini bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan anak-anak muda generasi sekarang
• Memperkenalkan PEDi Chendering dan mengetengahkan fungsi serta peranan PEDi
• Semarakkan pelbagai aktiviti kemerdekaan dalam kehidupan yang lebih bermakna dan mudah di dekati untuk komuniti
• Program ini diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke -66 secara bersemuka.
• Semangat dan jiwa kemerdekaan dalam kalangan rakyat negara in perlulah bermula ketika zaman kanak-kanak lagi kerana mereka adalah generasi pelapis kepimpinan dan pembangunan negara.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program Ini Terbuka Untuk komuniti sekitar pedi chendering
• Program ini adalah kerjasam pedi chendering, perpustakaan desa chendering dan juga perpustakaan negeri terengganu
• Program ini berlangsung pada jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang
• Dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi YPK terengganu iaitu En.Amiru Azaha Bin Mamat.


Kelebihan Aktiviti :
• Mendedahkan kepada generasi sekarang akan nilai cintakan negara sempena bulan Kemerdekaan Malaysia dalam Kehidupan
• Meningkatkan kesedaran akan kepentingan kemerdekaan kepada warga Chendering.
• Menanam semangat patriotik dalam kalangan anak muda generasi sekarang.
• Memupuk nilai nilai perpaduan sesama peserta agar tidak lupa asal usul kemerdekaan di negara kita.
• Meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan dengan aktiviti lebih santai
• Dapat mengeratkan hubungan PEDi Chendering dengan warga FB sekaligus memperkenalkan PEDi Chendering itu sendiri.
• Dapat menghasilkan Pelbagai idea kreatif dizahirkan oleh anak-anak dalam mengekspresikan semangat patriotik .

Nama VIP :
• Pengarah bahagian sosio ekonomi ypk terengganu En.Amiru Azaha Bin Mamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :