PROGRAM PENGAGIHAN SIMCARD PAKEJ REMAJA KELUARGA KEPADA PELAJAR SECARA PERCUMA

Aktiviti terkini |1 – 15 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi CHENDERING

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Chendering telah mengadakan program untuk mengagihkan simcard kepada pelajar-pelajar dari komuniti Flat Desa Keluarga Chendering.
• Program ini adalah kerjasama dengan MCMC Terengganu yang melibatkan pelbagai telco iaitu Digi, Unifi, Yes ,Maxis dan Umobile
• Program ini melibatkan Remaja yang berumur 13-17 tahun sekitar Chendering


Tujuan :
• Program ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.
• Pakej Remaja ini adalah sebuah inisiatif kerajaan bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian serta mempertingkatkan produktiviti.
• Membantu mengurangkan bebanan ibu bapa, guru dan pelajar untuk mengikuti pembelajaran online serta memastikan pendidikan generasi muda diberi keutamaan sewajarnya.
• Memberi peluang kepada para pelajar untuk melayari internet secara bijak dan positif.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• PEDi Chendering telah mengadakan satu program untuk mengagihkan simcard kepada pelajar-pelajar dari komuniti Flat Desa Keluarga Chendering.
• Program ini diadakan bersama komuniti setempat yang melibatkan pelajar-pelajar yang berumur 13-17 tahun.
• Program ini Kerjasama dengan MCMC Terengganu
• Melibatkan seramai 25 orang pelajar yang terpilih di Chendering


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kemudahan kepada para pelajar untuk belajar melayari internet terutamanya dalam pembelajaran harian.
• Diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.
• Membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan dalam mengakses internet.
• Pelajar dapat meningkatkan produktiviti dalam proses pembelajaran dengan lebih ef

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :