PROGRAM PENGISIAN DAN KEMASKINI BORANG ZAKAT MAIDAM (BANTUAN SARA HIDUP) DAN PROGRAM PENGISIAN BANTUAN SEKOLAH ANJURAN YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2024 BERSAMA KOMUNITI FLAT DESA CHENDERING

Aktiviti terkini |1-30 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Chendering

Ringkasan Aktiviti :
• Pengisian Borang zakat Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) Negeri Terengganu secara talian diperkenalkan bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan agihan Zakat dan Bantuan yang diuruskan oleh MAIDAM.
• Manakala Bantuan Persekolahan adalah salah satu bantuan Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat Terengganu yang memerlukan. Bantuan ini telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.
• Oleh itu, pihak PEDi mencadangkan untuk memberi kemudahan untuk mendapatkan akses internet bagi penduduk komuniti flat yang ingin melakukan pengisian dan kemaskini borang Zakat Maidam Negeri Terengganu dan bantuan sekolah dengan memberikan tunjuk ajar bagi membuat pengisian dan cara melayari laman web yang betul.
• Penyampaian maklumat tentang Klik Dengan Bijak Secara ringkas kepada komuniti yang datang.

Tujuan :
• Tujuan program ini dilakukuan sebagai mendedahkan penduduk tentang kemudahan yang disediakan di PEDi Chendering untuk pengisian borang dana dan bantuan sekolah melalui talian atau kegunaan lain dengan menggunakan internet.
• Mengajar penduduk kampung cara-cara pengisian borang secara talian terutama kepada mereka yang tidak pernah menggunakan komputer
• Membantu golong warga emas dalam pengisian borang bantuan maidam terutamanya.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program pengisian borang zakat diadakan setiap hari bersama Komuniti Flat Chendering

Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan bantuan agihan Zakat yang diuruskan oleh MAIDAM • Memberi pendedahan kepada penduduk kampung tentang mudahnya menggunakan komputer dan internet dalam urusan harian terutama borang permohonan secara dalam talian yang perlu di isi dan dikemaskini oleh mereka setiap tahun.
• Mengeratkan hubungan antara PEDi Chendering dan juga komuniti flat.
• Pengisian borang atas talian dilakukan secara tepat, cepat dan mudah
• Meningkatkan lagi pengetahuan ICT terutamanya golongan belia
• Memudahkan komuniti berinteraksi bersama komuniti dan juga staff PEDi

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :