PROGRAM PENGISIAN KAJI SELIDIK KESEDARAN SCAM 2024
Aktiviti terkini |6 Feb - 15 Mac 2024Tempat Aktiviti:
PEDi Chendering
Ringkasan Aktiviti :
• Bermula pada 6 Februari 2024 bersempena Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day), kaji selidik ini akan dijalankan dengan kerjasama 307 buah pusat internet atau Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang diuruskan oleh CelcomDigi.
• Respon daripada komuniti akan membantu pihak CelcomDigi untuk mengukuhkan lagi kempen kesedaran dan membantu lebih ramai rakyat Malaysia melindungi diri mereka.
• Kaji selidik Kesedaran Scam 2024 ini hanya terbuka kepada sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang mengunjungi atau menggunakan perkhidmatan di PEDi.
• Kaji selidik ini hanya akan mengambil masa lebih kurang 15 minit dan segala respon dari pihak komuniti adalah sulit. Sebagai token, 30 responden yang terawal akan menerima tote bag CelcomDigi.
• Selari dengan program pengisian dan kemaskini borang Zakat Maidam Negeri Terengganu, kami mewar-warkan dan menggalakkan penduduk komuniti flat untuk mengisi kaji selidik kesedaran scam ini.
• Soal selidik ini dijalankan secara bersemuka dan offline
Tujuan :
• Tujuan program ini dilakukan bertujuan menilai tahap pengetahuan dan pemahaman awam tentang scam akan dijalankan dengan kerjasama pusat internet di seluruh negara.
• Hasil kajian akan membantu melaksanakan usaha yang lebih strategik dan holistik untuk meningkatkan kesedaran scam
• Pihak CelcomDigi mahu mengoptimumkan sumber-sumber mereka untuk memacu ketersediaan yang lebih kukuh terhadap ancaman scam
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program pengisian kaji selidik kesedaran Scam bersama Komuniti Flat Chendering hanya diadakan bermula 6 Februari sehingga 15 Mac 2024 sahaja.
Kelebihan Aktiviti :
• Memastikan inisiatif pendidikan awam boleh menangani jurang tertentu dalam meningkatkan kesedaran scam sambil mewujudkan lebih banyak kempen untuk komuniti.
• Memberi wawasan kepada penggubal dasar dan agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan tindakan kolektif dalam perang terhadap scam
• Memanfaatkan kuasa teknologi (Technology) untuk mengatasi ancaman siber serta membina kerangka perlindungan yang relevan untuk rakyat Malaysia
• Meningkatkan lagi pengetahuan ICT terutamanya golongan belia
• Memudahkan komuniti berinteraksi bersama komuniti dan juga staff PEDi
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :