PROGRAM PEMBUKAAN KAUNTER PADU BERSAMA JAB.PERANGKAAN NEGERI TERENGGANU

Aktiviti terkini |2-8 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Chendering

Ringkasan Aktiviti :
• Pembukaan Kaunter PADU telah dibuka di chendering 2 january 2024 sempena perlancaran PADU
• Pedi Chendering dipilih sebagai lokasi pertama pembukaan kaunter PADU
• Program pendaftaran dan kemaskinian data ini dibuka 3 bulan iaitu bermula 2 januari 2024 sehingga 31 march 2024.
• Kaunter di PEDI Chendering dibuka secara berkala.

Tujuan :
• Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif yang bertujuan mengumpulkan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan pemastautin tetap.
• Maklumat profil ini dikumpul melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan dikemas kini secara berkala.
• Kaunter fizikal Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang disediakan di PEDI memberi kemudahan kepada rakyat khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU), untuk mendaftar sistem tersebut.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pembukaan kaunter padu telah dibuka di Chendering 2 january 2024 sempena perlancaran padu oleh Perdana Menteri.
• Kaunter akan dibuka secara berkala dan seramai 6 orang kakitangan Dosm Terengganu ditempatkan di pedi sempena pembukaan kaunter padu
• Timbalan pengarah DOSM iaitu Pn.Norhaizan Bt Mohd Basri turut hadir memberi penerangan tentang PADU kepada komuniti yang hadir.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
• Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
• Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
• Memberi jaminan manfaat dan kemudahan itu dinikmati orang yang berhak menerimanya dan tentunya dengan cara demikian dapat kurangkan kos.
• Merapatkan hubungan PEDI dengan agensi kerajaan seterusnya memperkenalkan PEDI kepada oranag awan.

Nama VIP :
• Pengarah DOSM:Puan Marlini Binti Sahul Hamid
• Timbalan Pengarah DOSM : Pn.Norhaizan Bt Mohd Basri

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :