BICARA SANTAI : HARI MALAYSIA

Aktiviti terkini |12 September 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Live : Pik Chendering

Tujuan :
• Memperingati Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun.
• Konsep persekutuan yang menjadi tunjang negara ini penting untuk difahami agar tidak timbul atau berlakunya kefahaman yang sempit atau etnosentrik atau etnonasionalisme yang melampau-lampau sehingga akhirnya menggugat serta memberikan ancaman kepada tanah air kita
• Tujuannya adalah untuk menunjukkan hari malaysia adalah perpaduan dalam kepelbagaian aspek. Perayaan hari malaysia membolehkan negara benar-benar meraikan dan menghargai keindahan pelbagai budaya dan kepelbagaian negara kita.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Tajuk : Hari Malaysia
• Sasaran penonton melebihi 100 orang di FB


Kelebihan Aktiviti :
• Mendorong masyarakat Malaysia supaya sentiasa mengingati sejarah bagaimana malaysia itu 'dilahirkan'.
• Menyedarkan masyarakat supaya berusaha untuk meningkatkan semangat patriotisme yang sedia ada untuk Negara
• Mendidik masyarakat membina Negara Bangsa melalui kebijaksanaan, kewarasan dan wawasan yang jitu..
• Mendidik masyarakat menjadikan sesuatu peristiwa sebagai teladan serta tidak jahil akan sejarah penubuhan Malaysia
• Mengembalikan semangat nasionalisme bagi elakkan permasalahan ketegangan kaum dan agama.
• Penglibatan seluruh rakyat Malaysia dalam menyemarakkan sambutan hari Malaysia mencerminkan semangat persefahaman, perpaduan dan semangat patriotisme yang tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :