BICARA SANTAI : JOM BERALIH KE 4G

Aktiviti terkini |13 November 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Live : Pages PEDi Chendering

Tujuan :
• Bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyrakat tentang penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021 dan akan digantikan dengan rangkaian 4G/VoLTE bagi semua rangkaian telekomunikasi yang sedia ada.
• Pakej-pakej yang ditawarkan oleh digi sempena penamatan rangkaian 3G serta pakej peranti keluarga Malaysia dan pakej remaja keluarga Malaysia.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sasaran Penonton : 100 Orang pengguna FB
• Program Bicara ini dijalankan secara ringkas & santai oleh pengurus dan penolong pengurus PIK


Kelebihan Aktiviti :
• Pengalaman melayari internet yang lebih baik, strim video dan muzik yang lebih lancar.
• Pengguna FB mendapat maklumat yang tepat tentang penamatan 3g melalui saluran media social
• Pengguna dapat mengetahui banyak faedah yang akan diperolehi apabila beralih ke 4G.
• Pengguna dapat menikmati panggilan rangkaian 4g yang lebih berkualiti dengan panggilan yang lebih pantas serta kelajuan internet yang tinggi
• Pengguna fb mendapatkan maklumat tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh digi sempena penamatan 3g serta pakej peranti keluarga Malaysia dan pakej remaja keluarga Malaysia
• Rakyat Malaysia yang masih menggunakan telefon 3G disaran untuk menaik taraf ke telefon 4G segera sebelum rangkaian 3G ditamatkan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :