BICARA SANTAI : PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Aktiviti terkini |6 November 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Live : Pages PEDi Chendering

Tujuan :
• Sebagai langkah keselamatan, penting untuk kita mengatur langkah dengan membuat persediaan awal menghadapi banjir terutama negeri-negeri di pantai timur yang menghadapi peralihan Monsun Timur Laut yang bermula November – Mac.
• Persediaan ini untuk memastikan semua mangsa akan terselamat serta sumber-sumber yang diperlukan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Tajuk : Persediaan Menghadapi Banjir terutamanya di negeri-negeri pantai timur
• Sasaran Penonton : 100 orang Komuniti FB


Kelebihan Aktiviti :
• Mendapatkan maklumat tentang persediaan serta langkah yang perlu diambil semasa menghadapi banjir
• Mengetahui bagaimana mendapatkan maklumat tentang banjir di portal atau laman web yang sahih
• Mengetahui bagaimana mendapatkan saluran bantuan dari agensi-agensi kerajaan atau pihak NGO yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir
• Memastikan bagaimana sistem amaran banjir berfungsi serta hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, sosial media, televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Memastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda • Memastikan ahli keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik menghadapi bencana banjir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :