BICARA SANTAI : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BERSAMA PUAN NURHAYATI LATIF - FOUNDER INSPIRED INTELLIGENCE

Aktiviti terkini |22 Mei 2021

Tempat Aktiviti:
Pik Chendering & Perpustakaan Desa Chendering

Tujuan :
• Memperkenalkan PIK Chendering serta mengetengahkan fungsi dan peranan kewujudan PIK kepada pengunjung di alam maya
• Bertujuan menghuraikan mengenai pendidikan awal kanak-kanak dan mengupas isu serta cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dan kanak-kanak dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan pada masa kini
• Membincangkan penglibatan ibu bapa dalam berinteraksi sosial dengan anak-anak
• Asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang kanak-kanak iaitu berkembang dengan cara dan kadar yang berbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi, sosial,moral dan jasmani.
• Titik permulaan kepada pembelajaran yakni bermain dan berbual adalah cara utama kanak-kanak belajar tentang diri mereka,
• Pendidikan awal kanak penting untuk memupuk salasilah kanak-kanak yang lebih berwawasan


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program : Bicara Santai Pendidikan Awal Kanak-Kanak
• Tarikh : 22/05/2021 – Sabtu
• Masa: 2.30 Petang – 3.30 Petang
• Platform : FB PIK Chendering
• Menyasarkan pengguna facebook yang melebihi 100 orang pengguna

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pusat Internet Komuniti (PIK) kepada pengguna Facebook
• Merapatkan lagi hubungan ibu bapa dan anak anak dalam konteks perhubungan sosial
• Ibu bapa dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak serta dapat membentuk tingkahlaku anak-anak yang lebih baik
• Kanak yang mempunyai keyakinan kendiri mempunyai asas “headstart” untuk belajar
• Kanak-kanak perlu masa dan ruang untuk menghasilkan kerja yang berkualiti
• Kanak-kanak dapat berkembang dengan cara yang lebih baik dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, moral dan jasmani.
• kanak-kanak juga akan belajar cara menghormati orang dan dapat menyelesaikan masalah
• Pendidikan awal kanak penting untuk memupuk salasilah kanak-kanak yang lebih berwawasan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :