PROGRAM KDB & ICT : MEMBUAT SAMPUL RAYA DAN MEWARNA
Aktiviti terkini |8 Mei 2021Tempat Aktiviti:
Pik Chendering & Perpustakaan Desa Chendering
Tujuan :
• Program ini telah diadakan sempena dengan sambutan Hari Raya yang akan tiba selain daripada menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
• Menguji daya kreativiti kanak-kanak.
• Mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang lebih bermanfaat dan dapat mengeratkan hubungan antara PIK dan komuniti setempat.
• Menceriakan kanak-kanak komuniti di sini dengan aktiviti yang berfaedah serta mengembirakan sambutan hari raya mereka .
• Mempromosi perkhidmatan Pusat Internet yang disediakan kepada komuniti setempat.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan seluruh Malaysia pada 12 Mei 2021
• Pendaftaran peserta jam 10.00 Pagi
• Penerangan Program KDB & ICT oleh pengurus PIK Chendering
• Taklimat ringkas tentang program membuat sampul raya dan mewarna kepada peserta
• Peserrta terdiri daripada kanak-kanak di dalam komuniti flat Chendering
• Pertandingan membuat sampul raya & Mewarna
• Jam 12.30 program tamat
Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pusat Internet Komuniti (PIK) kepada peserta
• Memberi pendedahan kepada pengguna tentang penggunaan internet yang betul
• Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan akan penggunaan internet dengan lebih bijak
• Menguji daya kreativiti kanak-kanak
• Mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang lebih bermanfaat dan dapat mengeratkan hubungan antara pik dan komuniti setempat
• Dapat menjimatkan kos dalam membuat sampul raya sendiri
• Menceriakan kanak-kanak komuniti di sini dengan aktiviti yang berfaedah
• Merapatkan hubungan PIK Chendering dan Perpustakaan Desa Chendering
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :