PROGRAM : ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SECARA LIVE (FACEBOOK LIVE STREAMYARD) : MAKLUMAT PALSU BERSAMA PIK BUKIT DIMAN

Aktiviti terkini |8 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Live PIK Chendering

Tujuan :
• Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai maklumat palsu di internet. Selain itu, penonton ditunjukkan cara untuk mengenal pasti kesahihan sesuatu maklumat yang mereka dapat di internet
• Tujuan taklimat KDB ini untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang keburukan maklumat palsu kepada seluruh masyarakat terutamanya difokuskan kepada warga Facebook yang sering menggunakan internet setiap hari.
• Antara pengisian taklimat KDB Maklumat Palsu seperti pengenalan maklumat atau berita palsu, kesan buruk kepada pelbagai aspek, & tips untuk mendapat info/maklumat/berita yang benar di internet.
• Selain itu, turut mempromosikan kempen Sebenarnya.my yang boleh dimuatturun secara aplikasi malahan pencarian dengan lebih praktikal menerusi platform telegram, facebook & laman web Sebenarnya.my dengan prinsip 'Tidak Pasti, Jangan Kongsi'.
• Memberi pendedahan tentang etika penggunaan internet dengan lebih betul (Klik Dengan Bijak),
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap maklumat yang disampaikan.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Tajuk : Maklumat Palsu
• Penyampai terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus PIK Chendering serta pengurus PIK Bukit Diman
• Tarikh : 08 July 2021
• Masa : 9.00 Pagi
• Antara pengisian taklimat KDB Maklumat Palsu seperti pengenalan maklumat atau berita palsu, kesan buruk kepada pelbagai aspek, & tips untuk mendapat info/maklumat/berita yang benar di internet.
• Selain itu, turut mempromosikan kempen Sebenarnya.my


Kelebihan Aktiviti :
• Satu inisiatif dalam memerangi penularan maklumat/berita/info palsu dengan pendekatan kepada komuniti setempat dahulu secara atas talian melalui Facebook.
• Di samping itu, platform Facebook Live juga sangat memberi impak yang baik kepada Pusat Internet untuk mengadakan sesi taklimat KDB ini kerana lebih mesra pengguna untuk berinteraksi & lebih praktikal untuk mengulangi video jika terlepas menonton pada bila-bila masa sahaja.
• Menerangkan cara bagaimana dan kepentingan Klik Dengan Bijak dapat mempengaruhi sikap individu dalam bertingkah laku
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dengan lebih baik.
• Memberi pendedahan kepada masyarakat untuk sering memperingatkan tentang bahaya & keburukan penyebaran maklumat palsu tanpa kawalan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :