BENGKEL ASAS SHOPEE BERSAMA USAHAWAN AMANAH IKTIAR MALAYSIA (AIM)

Aktiviti terkini |15-16 Januari 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Chendering

Tujuan :
• Bertujuan memberi galakan kepada usahawan serta bakal usahawan untuk merancakkan ekonomi melalui pendigitalan perniagaan melalui platform e-dagang terkemuka, Shopee.
• Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mendedahkan kepada usahawan tempatan berkaitan dengan perniagaan atas talian dengan menggunakan platform Shopee.
• Memberi tunjuk ajar cara untuk menjual dan memasarkan produk mereka dengan cara yang betul dan selamat.
• Memperkenalkan PIK Chendering serta mengetengahkan fungsi dan peranan kewujudan PIK kepada peserta.
• Memberi pendedahan yang mudah kepada usahawan kecil untuk mendaftar akaun shopee serta memasarkan produk yang dihasilkan
• Membina keyakinan diri dalam penggunaan komputer kepada masyarakat luar Bandar dalam urusan harian
• Mewujudkan masyarakat luar Bandar yang celik IT dan mahir dalam pengendalian komputer untuk urusan harian dan memacu peluang kearah menjadi usahawan
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang KDB dengan betul


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Bengkel asas shopee ini disampaikan oleh pengurus PIK Chendering iaitu Tengku Nur Ezzah Farahana Bt Tengku Yahya @Tengku Abu Bakar
• Peserta terdiri daripada Usahawan-ushawan dibawah Amanah Ikhtiar Malaysia Caw. Marang
• Peserta diberikan penerangan cara untuk menggunakan platform shopee bagi pertama kali mendaftar sebagai penjual dalam shopee.
• Bengkel ini menekankan cara-cara mendaftar shopee, memasukkan produk jualan, membuat tetapan kedai online dan membuat permohonan "free shipping".
• Hari Pertama - Bermula dengan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan penerangan bagaimana usahawan ingin membuka akaun shopee serta bagaimana membuat urusan perniagaan menggunakan shopee. Peserta juga turut diberi penerangan tentang proses aliran bagaimana peserta memproses pesanan dan mencetak “Waybill” sehingga menghantar pesanan pelanggan menggunakan perkhidmatan kurier yang disediakan oleh pihak shopee.
• Hari Kedua - Diteruskan dengan bengkel amali untuk peserta membuat akaun shopee mereka sendiri serta kaedah untuk membuat pages, logo menggunakan canva .

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mempelajari cara untuk memuat naik produk baru dimana peserta perlu memasukkan maklumat, gambar dan menentukan kategori produk bagi memastikan produk yang dijual dapat dicari oleh pengguna Shopee.
• Peserta dapat memanfaatkan kelebihan teknologi dan pendigitalan bagi membantu memperluaskan pasaran digital sekaligus merancakkan kembali ekonomi negara.
• Perkhidmatan yang ada di Pusat Internet sangat memberi kemudahan kepada peserta bagi menimba ilmu tentang ICT.
• Peserta dapat memanfaat bengkel asas shopee bagi meningkatkan pendapatan seterusnya memajukan ekonomi diri.
• Memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pusat Internet Komuniti (PIK) kepada bakal usahawan
• Memberi pendedahan kepada pengguna tentang penggunaan internet dengan bijak
• Meningkatkan permintaan dan mempelbagaikan prodik pilihan bagi produk buatan Malaysia dan menggalakkan usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing dan bersedia untuk mengeksport
• Mewujudkan masyarakat luar bandar yang celik IT dan mahir dalam pengendalian komputer untuk urusan harian dan memacu peluang kearah menjadi usahawan
• Memberi bimbingan kepada masyarakat luar bandar dalam bidang kemahiran komputer serta pendedahan kepada dunia digital serta fungsinya pada masa kini dalam usaha mendekatkan jurang digital di kalangan masyarakat sekitar
• Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan ICT untuk mengikuti kelas komputer kepada masyarakat Sekitar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :