PROGRAM PENGISIAN DAN KEMASKINI BORANG ZAKAT MAIDAM NEGERI TERENGGANU BERSAMA KOMUNITI FLAT DESA CHENDERING

Aktiviti terkini |1/2 & 9/10 Januari 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Chendering

Tujuan :
• Tujuan program ini dilakukuan sebagai mendedahkan penduduk tentang kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Chendering untuk pengisian borang dana melalui talian atau kegunaan lain dengan menggunakan internet.
• Mengajar penduduk kampung cara-cara pengisian borang secara talian terutama kepada mereka yang tidak pernah menggunakan komputer (warga emas).


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program pengisian borang zakat di adakan setiap hujung minggu iaitu jumaat dan sabtu bersama Komuniti Flat Chendering

Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan agihan Zakat dan Bantuan yang diuruskan oleh MAIDAM • Memberi pendedahan kepada penduduk kampung tentang mudahnya menggunakan komputer dan internet dalam urusan harian terutama borang permohonan secara dalam talian yang perlu di isi dan dikemaskini oleh mereka setiap tahun.
• Mengeratkan hubungan antara pusat internet chendering dan juga komuniti flat.
• Pengisian borang atas talian dilakukan secara tepat, cepat dan mudah
• Meningkatkan lagi pengetahuan ICT terutamanya golongan belia
• Memudahkan komuniti berinteraksi bersama komuniti dan juga staff PIK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :