HOST PROGRAM JOM TUISYEN SPM 2020 WILAYAH PANTAI TIMUR MENGGUNAKAN APLIKASI ZOOM

Aktiviti terkini |29 & 28 Februari 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Chendering

Tujuan :
• Kelas atas talian menggunakan platform Jom-Tuisyen sebagai medium utama pembelajaran setelah kaedah bersemuka tidak dapat dilakukan ekoran dari pendemik
• Memperkenalkan PIK Chendering serta mengetengahkan fungsi dan peranan PIK kepada pengunjung di alam maya
• Membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya
• Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu
• Salah Satu alternative bagi pihak digi untuk membantu calon spm 2020 bagi membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan nanti.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program : Program Jom Tuisyen SPM 2020/2021 Wilayah Pantai Timur Menggunakan Aplikasi Zoom
• Host terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus PIK Chendering
• Tarikh : 29/01/2021 -28/02/2021
• Hari : Jumaat. Sabtu, Ahad & Selasa
• Menyasarkan calon SPM 2020 seramai 100 orang

Kelebihan Aktiviti :
• Aplikasi zoom mudah diakses dan ringkas penggunaannya
• Pengguna dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan
• Pembelajaran atas talian adalah fleksibel kerana tidak perlu bergerak ke mana-mana
• Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.
• Membantu calon SPM 2020 membuat persediaan dalam mengulangkaji mata pelajaran yang di ambil.
• Pelajar dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran dalam penggunaan Zoom melalui live tersebut
• Aplikasi Zoom yang bersifat fleksibel, mampu diakses bila-bila masa, mesra gajet iaitu boleh digunakan samada melalui telefon pintar atau laptop/ desktop di rumah dan boleh diakses dengan capaian internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :