SESI TAKLIMAT SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Aktiviti terkini |6 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Microsoft Team live

Tujuan :
• Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan kepada petugas PEDi mengenai skim pendaftaran perniagaan yang ditawarkan oleh SSM khusus untuk golongan B40 dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
• Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
• Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
• Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
• Kelebihan SSM Biztrust
• Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online


Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PEDi dapat memperolehi maklumat yang tepat mengenai pendaftaran SPPP dari pegawai SSM.
• Dapat membantu usahawan kecil dalam membuat pendaftaran perniagaan dengan mudah tanpa perlu menghadirkan diri ke SSM.
• Petugas PEDi dapat bertanya tentang sebarang kemusykilan mengenai perkara berkaitan dengan skim SPPP.
• Bakal usahawan berpeluang mendapatkan bantuan kewangan dari agensi kerajaan dengan mudah.
• Membantu meringankan beban rakyat dan sektor peniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana .
• Memudah cara rakyat yang terkesan untuk menceburi bidang perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :