PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINUTE BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA CHENDERING

Aktiviti terkini |22 April 2021

Tempat Aktiviti:
PIK Chendering

Tujuan :
• Menjadikan Malaysia sebuah Negara membaca dan melahirkan masyarakat ilmu yang bertaraf dunia
• Meningkatkan tabiat serta budaya membaca di kalangan masyarakat
• Tujuan- Melibatkan ibu bapa dalam menjayakan inisiatif ‘celik huruf’ kepada anak mereka di peringkat awal kanak-kanak lagi.
• Selari dalam usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi
• Langkah inovatif untuk memberi nafas baharu dalam kempen pembacaan
• Mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta jam 10.00 Pagi
• Penerangan Program Jom Membaca 10 Minute oleh pegawai perpustakaan Desa Chendering kepada ibu bapa dan golongan dewasa yang hadir
• Program Membaca 10 minute
• Pertandingan Mewarna
• Jam 12.30 program tamat

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pengetahuan kepada ibu bapa akan pembacaan di peringkat awal kanak-kanak selain berkongsi kemahiran dan teknik yang betul untuk membantu kanak-kanak ini agar suka membaca
• Menggalakkan minat membaca dalam kalangan ibu-bapa adar dapat memberi taladan kepada anak-anak mereka.
• Kepentingan amalan budaya membaca dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berilmu.
• Ibu Bapa memainkan peranan dan sokongan penting dalam usaha membangunkan budaya membaca dalam keluarga sekali gus meningkatkan tahap literasi dalam semua lapisan masyarakat
• Memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan perpustakaan awam negeri-negeri seluruh Malaysia relevan dalam masyarakat pendidik selepas sekolah
• Memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pusat Internet Komuniti (PIK) kepada peserta
• Memberi pendedahan kepada pengguna tentang penggunaan internet yang betul
• Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan akan penggunaan internet dengan lebih bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :