PENERANGAN PROGRAM IMUNISASI VAKSIN COVID SECARA LIVE BERSAMA PIK MENGABANG LEKAR

Aktiviti terkini |17 April 2021

Tempat Aktiviti:
PIK Chendering

Tujuan :
• Memperkenalkan PIK Chendering serta mengetengahkan fungsi dan peranan kewujudan PIK kepada pengunjung di alam maya
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet akan kelebihan melakukan program imunisasi vaksin
• Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan imunisasi kebangsaan dengan lebih jelas serta secara meluas.
• Objektif hebahan ini juga adalah untuk mendedahkan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan
• Menggalakan orang awam untuk mendapatkan suntikan vaksin
• PIK turut membantu komuniti setempat mendaftar vaksin secara online


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program : Penerangan Program Imunisasi Vaksin Secara Live FB
• Penyampai terdiri daripada wakil PIK Chendering & PIK Mengabang Lekar
• Tarikh : 17/04/2021 – Sabtu
• Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
• Menyasarkan pengguna facebook yang melebihi 100 orang pengguna

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pusat Internet Komuniti (PIK) kepada pengguna Facebook
• Objektif hebahan ini juga adalah untuk mendedahkan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan
• Menggalakan orang awam untuk mendaftar bagi menerima suntikan vaksin yang disediakan oleh kerajaan
• Program vaksinasi ini sangat penting dalam memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan
• Menyeru masyarakat awam untuk memberi kerjasama kepada kerajaan dalam memastikan program imunisasi ini berjalan lancar sehingga mencapai sasaran iaitu sebanyak 80 peratus penduduk mendapat imunisasi COVID-19.
• Memberi maklumat kepada komuniti setempat tentang cara untuk berdaftar vaksin di aplikasi my sejahtera dan juga online
• PIK turut membantu komuniti berdaftar vaksin secara online bersama Pusat Internet Komuniti

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :