PROGRAM CELIK IT BERSAMA TASKA PERMATA CHENDERING

Aktiviti terkini |1 April 2021

Tempat Aktiviti:
PIK Chendering

Tujuan :
• Memperkenalkan Pusat Internet Chendering di bawah seliaan SKMM serta mengetengahkan fungsi dan peranan PIK kepada anak-anak taska permata dan guru pengiring.
• Memberi pendedahan tentang Celik IT kepada anak-anak taska permata.
• Mengeratkan hubungan di antara PI dengan Taska Permata Chendering.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Seramai 18 orang murid serta 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam program Celik IT ini yang melibatkan guru dan murid
• Program dijalankan dari pukul 11 Pagi sehingga 12.00 Tengah Hari.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan dan memperkenalkan serta mengetengahkan fungsi dan peranan Pusat Internet (PIK) kepada anak-anak dan guru Taska Permata Chendering
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul
• Mengeratkan silaturrahim antara PIK dengan Pelajar dan guru.
• Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang penggunaan internet dengan lebih bijak
• Mendedahkan kepada kanak-kanak tentang asas komputer dan memperkenalkan pembelajaran secara atas talian

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :