Bengkel Pengenalan Aplikasi Mudah Alih m@MYAgro Kementerian Pertanian Industri Asas Tani

Aktiviti terkini | 16 Oktober 2017

Tempat Aktiviti:
Bilik Seminar, MARDI Kuala Terengganu

Tujuan :
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi baru yang masih di dalam proses pembangunan iaitu m@MYAgro - Mobile MYAgro.

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui kerjasama Digi, MARDI dan MOA, para usahawan dapat menerima maklumat dari kementerian (agensi) dengan betul dan memudahkan komunikasi antara petani dengan Pegawai pembangunan mereka.
• Aplikasi ini (m@MYAgro - Mobile MYAgro.) mampu membantu mereka memudahkan lagi proses kerja operasi warga tani di lapangan. Dengan adanya aplikasi ini, para peserta lebih mudah untuk mendapatkan maklumat, rujukan, menyimpan rekod secara sistematik dan juga dapat berhubung/berbincang tentang apa jua permasalah dgn pelbagai pihak yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :