MAJLIS BERBUKA PUASA

Aktiviti terkini | 16 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Chendering

Pada 16 Jun 2017 yang lalu, Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering bersama Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Chendering telah mengadakan Majlis berbuka Puasa. Program ini bermula dari pagi sehinggalah selepas jamuan berbuka. Tentatif adalah seperti berikut:
• Gotong royong menyediakan juadah berbuka puasa
• Ketibaan warga penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering
• Ucapan daripada Pengurus Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering
• Taklimat KDB
• Persiapan berbuka puasa
• Bacaan Doa
• Jamuan berbuka puasa
• Bersurai

Selain daripada majlis berbuka, turut diadakan juga perkhidmatan mengunting rambut secara percuma kedapa semua penduduk di Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering ini. Pihak Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Chendering juga telah memberi sedikit taklimat dan risalah “Klik Dengan Bijak” kepada tetamu yang hadir. Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Chendering selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi, saling hormat menghormati di antara satu sama lain dan juga dapat mengeratkan silatulrahim. Sambutan Majlis Berbuka Puasa ini diharap dapat merapatkan silatulrahim diantara semua warga penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dan staff PI1M.

Program ini bertujuan untuk mendidik hati penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dan kakitangan PI1M dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT. Tambahan juga ianya dapat membentuk ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dengan pihak yang terlibat serta menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadan yang penuh barakah dan dapat berbuka puasa bersama-sama. Selain daripada itu, dengan adanya taklimat KDB ianya dapat melahirkan penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan melahirkan pewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :