MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti terkini | 07 Julai 2017

Tempat Aktiviti:
Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering

Pada 7 Julai 2017 yang lalu, Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering bersama Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Chendering telah mengadakan sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Tentatif adalah seperti berikut:
• Gotong royong menyediakan juadah Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri
• Ketibaan warga penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering
• Ucapan daripada Pengurus Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering
• Bacaan Doa
• Jamuan Hari Raya Aidilfitri
• Kuiz KDB
• Ceramah E-Waste
• Pengutipan barangan eletronik (telefon bimbit dan pengecas) yang tidak boleh digunapakai lagi
• Bersurai

Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Chendering selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi, saling hormat menghormati di antara satu sama lain dan juga dapat mengeratkan silatulrahim.

Sambutan Majlis Jamuan Raya Aidilfitri ini diharap dapat merapatkan silatulrahim diantara semua warga penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dan staff PI1M. Pihak PI1M juga akan mengadakan Kuiz Klik dengan Bijak (KDB), ceramah E-Waste dan pengutipan barangan elektronik (telefon bimbit dan pengecas) yang tidak boleh digunapakai lagi. Program ini bertujuan untuk mendidik hati penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dan kakitangan PI1M dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT serta membentuk ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara penduduk Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dengan pihak yang terlibat.

Selain daripada itu, majlis seumpama ini juga dapat melahirkan penduduk yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan melahirkan pewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Tambahan lagi pihak PI1M juga ingin memberi kesedaran kepada penduduk bahawa barangan elektronik mengandungi bahan toksik yang berbahaya jika tidak diuruskan dengan teratur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :