PROGRAM KEUSAHAWANAN DAN TAKLIMAT PENJAGAAN KULIT MUKA DAN KECANTIKAN BERSAMA PRODUK MARY KAY

13 Januari 2017 | Aktiviti Terkini

PI1M Chendering telah menyertai Program Keusahawanan dan Taklimat Penjagaan Kulit muka dan Kecantikan Bersama Produk Mary Kay. Program ini disertai lebih kurang 20 orang peserta. Dalam program tersebut wakil daripada Mary Kay telah berkongsi cara-cara penjagaan kulit dan kecantikan secara keseluruhan. Dalam bengkel tersebut juga, para peserta juga diajar bagaimana untuk melakukan asas solekan yang sesuai untuk semua jenis kulit dan bentuk muka.

Selain itu juga, wakil daripada Mary Kay turut berkongsi pengalaman sepanjang beliau menyertai perniagaan dalam Mary Kay. Seperti yang diketahui umum, produk kecantikan Mary Kay merupakan produk yang sangat terkenal dan telah terbukti sebagai produk terbaik penjagaan kecantikan kulit, terutamanya kulit muka. Oleh sebab itu, peluang dalam Mary Kay sangat baik bagi mereka yang sangat meminati bidang kecantikan.

Wakil daripada Mary Kay yang juga bakal memegang gelaran director turut berkongsi segala kelebihan yang diperolehinya sepanjang berkecimpung dalam perniagaan produk kecantikan Mary Kay. Beliau juga turut menawarkan khidmat bimbingan kecantikan dan juga bimbingan dalam menceburi bidang kecantikan seperti menyediakan kursus kecantikan dan kursus keusahawanan dalam perniagaan Produk Mary Kay. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga kerjasama terus terjalin dan hubungan silaturahim makin erat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :